Harian Metro

Mak Wan Latah nafi amal benda syirik

-

Kuala Lumpur: Pelakon, Halimatuss­a’diah Mohd Daud atau lebih popular dengan panggilan Mak Wan Latah menafikan tindakanny­a yang dikatakan melakukan perkara syirik seperti yang terpapar dalam video yang tular di TikTok sejak kelmarin.

Mak Wan ketika dihubungi berkata, itu latihan untuk lakonannya sebagai watak bomoh jahat.

“Benda itu benda lama. Yang saya baca-baca itu, untuk shooting. Saya tak pernah berlakon watak jahat, untuk jadi bomoh,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya sama ada dia mengenali individu didakwa sebagai bekas pengurus peribadiny­a itu, Mak Wan mepai tidak membuka aib sesiapa dan menyentuh kesihatan mental individu itu.

“Saya tak nak buka aib sesiapa. Seperti yang pernah saya beritahu bekas suami saya, saya tak nak buka aib sesiapa. Biar sammilih mati, saya tetap dengan pendirian saya.

“Otak dia tak betul. Dia akan tulis apa sahaja. Dia nak buat apa, itu hak dia. Kenapa sebelum ini dia puji saya? Sebab dia nak duit saya, kan?

“Kenapa bila saya dah tak nak dia, dia cerita macam-macam pasal saya? Manusia ini, bila kita dah tolong dia, kita digigit balik,” katanya.

Dalam komen lain, Mak Wan memaklumka­n sudah membuat laporan polis.

“Ya, saya tahu dia fitnah saya. Saya dah buat laporan polis. Itu bukan saya nak tunjuk saya hebat, tapi kerana saya nak lindungi diri kalau dia akan buat benda bukan-bukan lagi,” katanya.

 ?? ?? MAK Wan Latah menjelaska­n video tular di TikTok sebagai sekadar lakonan untuk watak bomoh jahat.
MAK Wan Latah menjelaska­n video tular di TikTok sebagai sekadar lakonan untuk watak bomoh jahat.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia