Harian Metro

Wang Kelian perlu dibangun semula elak ‘terkubur’

-

Padang Besar: Penduduk di Wang Kelian meluahkan kebimbanga­n sekiranya kawasan itu tidak dibangunka­n semula bagi merancakka­n kembali sosioekono­mi masyarakat setempat, ia dibimbangi akan menyebabka­n nama Wang Kelian terus ‘terkubur’.

Sejak penutupan zon aliran bebas di pintu sempadan Malaysia-Thailand di Wang Kelian beberapa tahun lalu, kawasan berkenaan sunyi sepi, ibarat sebuah pekan hantu.

Tinjauan mendapati deretan kedai yang dahulunya meriah dengan kehadiran pengunjung, kini terbiar dan banyak gerai rosak, hanya menunggu masa roboh.

Namun keadaan berbeza dapat dilihat di Wang Pranchan, Thailand yang terletak bersebelah­an sempadan Malaysia dengan gerai-gerai niaga kembali rancak beroperasi dan meriah dengan pengunjung di kawasan negara jiran itu.

Menurut penduduk di Kampung Wang Kelian Hilir, Samsiah Desa, 58, dia berharap usaha membangunk­an semula kawasan berkenaan dapat disegeraka­n bagi menarik semula pengunjung luar ke bandar yang terletak 38 kilometer dari bandar Kangar itu. “Jika tidak dibangunka­n segera, saya bimbang Wang Kelian hanya akan tinggal kenangan dan kekal suram disebabkan tiada tarikan untuk pengunjung datang ke sini,” katanya. Seorang peniaga di Wang Prachan, Thailand, Aishah Che Min, 56, berkata, dia mengharapk­an zon aliran bebas di Wang Kelian dapat dihidupkan kembali bagi merancakka­n semula ekonomi peniaga di Malaysia dan Thailand.

“Jika aktiviti perniagaan di sana dihidupkan kembali, pasti kemeriahan dan pertambaha­n pengunjung dari kedua-dua negara akan berlaku,” katanya.

“Jika tidak dibangunka­n segera, saya bimbang Wang Kelian hanya akan tinggal kenangan Samsiah

 ?? ?? PENDUDUK Wang Kelian mahu kawasan itu dibangunka­n semula bagi merancakka­n kembali sosioekono­mi masyarakat setempat.
PENDUDUK Wang Kelian mahu kawasan itu dibangunka­n semula bagi merancakka­n kembali sosioekono­mi masyarakat setempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia