Harian Metro

Niat ‘salah’ elak denda JPN terbongkar

-

Iskandar Puteri: Gara-gara tidak mahu didenda Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) kerana kad pengenalan­nya hilang, seorang remaja perempuan sanggup membuat laporan polis palsu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner

Rahmat Ariffin berkata, remaja berusia 17 tahun itu membuat laporan polis menyatakan dia diragut jam 11.15 malam, Sabtu lalu.

Katanya, suspek memberi keterangan mencurigak­an mengenai kejadian ragut terbabit.

“Polis menahan suspek semalam jam 4.30 petang di

Balai Polis Nusa Bestari, di sini kerana disyaki membuat laporan palsu bagi mendapatka­n kad pengenalan­nya semula tanpa dikenakan denda oleh JPN.

“Suspek mengaku membuat laporan palsu dengan tujuan membuat kad pengenalan yang hilang di JPN.

“Suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Rahmat menasihatk­an orang awam tidak membuat sebarang laporan palsu untuk kepentinga­n diri sendiri, tindakan tegas mengikut undang-undang yang sedia ada bagi mendakwa pelaku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia