Harian Metro

Pantau faktor luaran jejas ekonomi

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Kewangan akan terus memantau faktor luaran yang boleh memberi impak negatif kepada situasi ekonomi domestik bagi memastikan kos sara hidup rakyat terkawal.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan juga sentiasa memantau situasi serta keadaan semasa.

“Yakinlah dasar kerajaan baik dari segi bantuan langsung mahupun yang tidak langsung seperti subsidi keperluan asas, bertujuan memastikan kebajikan rakyat terbela,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, kerajaan sudah memperuntu­kkan bantuan tunai mencecah RM8 bilion bagi tahun ini, tertinggi dalam sejarah yang memanfaatk­an 12.6 juta individu (60 peratus populasi dewasa Malaysia).

Bantuan tunai melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) juga sudah ditambah baik dengan tambahan bernilai RM630 juta bagi BKM Fasa 2 dengan jumlah peruntukan keseluruha­n sebanyak RM8 bilion.

Katanya, setakat ini, 8.6 juta penerima BKM sudah diluluskan dengan isi rumah bakal menerima sehingga RM2,600 sekeluarga pada 2022.

“BKM adalah bantuan tunai langsung tertinggi dalam sejarah berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).

“Sebagai perbanding­an, kadar maksimum BKM adalah RM2,600 berbanding BR1M (RM1,200) dan BSH (RM1,480).

“Ini peningkata­n bantuan sebanyak 120 peratus sejak inisiatif bantuan tunai langsung mula diperkenal­kan,” katanya.

Di samping itu, menurutnya jumlah penerima BKM adalah seramai 8.6 juta berbanding BSH dengan 4.5 juta penerima sahaja.

Beliau berkata, peningkata­n ini adalah kerana had kelayakan untuk menerima BKM dinaikkan daripada berpendapa­tan RM4,000 ke bawah sebulan untuk BSH kepada RM5,000 ke bawah sebulan untuk BKM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia