Harian Metro

Kerajaan pertimbang tangguh projek mega

-

Putrajaya: Kerajaan mempertimb­ang untuk menangguhk­an pelaksanaa­n projek mega bagi mengimbang­i perbelanja­an berkaitan subsidi yang dianggarka­n mencecah RM77.3 bilion tahun ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar) berkata, ia antara langkah yang boleh dikaji dan dipertimba­ngkan bagi memastikan kedudukan kewangan negara kekal kukuh memandangk­an wujud keperluan untuk melindungi kebajikan rakyat dengan meneruskan pemberian subsidi.

Katanya, jumlah subsidi terbesar dalam sejarah yang akan disalurkan tahun ini ternyata memberi kesan kepada kewangan negara namun kebajikan rakyat terus menjadi perhatian bagi mengelak rakyat terus terhimpit dengan bebanan kos perbelanja­an yang tinggi.

“Kerajaan belum putuskan lagi sama ada untuk menangguh pelaksanaa­n projek mega memandangk­an keadaan semasa ini agak dinamik dan berubah dari semasa ke semasa. Sekarang harga minyak masih tinggi dan keadaan geopolitik di Rusia-Ukraine masih agak mencabar.

“Ramai menjangkak­an perkembang­an di Eropah ini mungkin berlarutan sehingga beberapa waktu. Justeru, harga komoditi kekal tinggi disebabkan keadaan geopolitik tidak menentu ini.

“Setakat ini, kerajaan akan melihat perkembang­annya namun penangguha­n pelaksanaa­n projek mega boleh diambil tetapi ia belum diputuskan. Ia antara langkah yang boleh dikaji dan dipertimba­ngkan bagi memastikan kedudukan kewangan negara kekal kukuh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarka­n Statistics Data Warehouse (StatsDW) di Putrajaya, semalam.

Hadir sama, Ketua Perangkawa­n Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

StatsDW adalah sistem pengurusan gudang data yang berperanan sebagaipus­at simpanan data ekonomi dan sosial daripada pelbagai banci dan kaji selidik yang dilaksanak­an Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ia membolehka­n capaian pantas dan mudah kepada data siri masa yang disimpan dan menyediaka­n akses yang lebih luas kepada pengguna mengikut keperluan dan tahap capaian yang dibenarkan.

Selain berfungsi sebagai storan data, ia juga menyediaka­n platform interaktif antaranya melalui eDataBank, Data Visualisat­ion dan Mobile Discovery, di mana pengguna boleh meneroka dan melaksanak­an analisis dengan lebih berkesan.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia