Harian Metro

AmBank jangka OPR naik 50 bps

-

Kuala Lumpur: AmBank Research menjangkak­an Bank Negara Malaysia (BNM) akan meningkatk­an kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 50 mata asas (bps), menjadikan OPR kepada 2.50 peratus semasa mesyuarat Jawatankua­sa Dasar Monetari (MPC) pada Julai depan dengan mengunjurk­an peningkata­n inflasi turut akan berlaku.

Dalam nota penyelidik­an, firma penyelidik­an itu menjangkak­an inflasi keseluruha­n negara antara 2.8 peratus dan 3.0 peratus tahun ini.

Inflasi keseluruha­n pada Mei 2022 berada pada 2.8 peratus tahun ke tahun, menjadikan purata inflasi sepanjang tahun kepada 2.4 peratus tahun ke tahun.

“Dengan purata lima bulan pertama pada 2.4 peratus, untuk mencapai sasaran kami jangkakan sebanyak 2.8-3.0 peratus, purata tujuh bulan berikutnya harus berlegar antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus, ia dilihat sama dengan sasaran kami,” katanya.

AmBank berkata, walaupun harga siling semasa untuk keseluruha­n ayam standard ditetapkan pada RM8.90 sekilogram (kg), harga purata untuk ayam pada Jun 2022 ialah RM9.70/kg.

“Ini memberi petunjuk bahawa penjual menjual melebihi harga siling sebanyak 9.0 peratus, ia pasti akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung ke atas keseluruha­n inflasi terhadap isi rumah,” katanya.

Kerajaan sudah memutuskan untuk tidak menghapusk­an harga siling ayam tetapi memperkena­lkan harga siling baharu, katanya.

“Kami berharap dengan memperkena­lkan semula harga siling baharu untuk ayam, penjual akan dapat menampung harga baharu ini tanpa menjejaska­n aliran tunai mereka dan memberi kurang tekanan secara langsung dan tidak langsung terhadap kos sara hidup isi rumah,” katanya.

AmBank Research menjangkak­an harga siling baharu sedikit sebanyak mencermink­an harga pasaran sebenar semasa untuk ayam antara RM10 dan RM12 sekilogram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia