Harian Metro

KWSP salur RM167.63 bilion kepada pengurus dana luaran

-

Kuala Lumpur: Sebanyak RM167.63 bilion disalurkan kepada pengurus dana luaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga 31 Disember 2021, meningkat lapan peratus berbanding berbanding RM155.18 bilion pada akhir 2020.

Peruntukan itu yang dilaburkan dalam ekuiti dan instrumen pendapatan tetap mewakili 16.66 peratus daripada keseluruha­n aset pelaburan KWSP.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, berkata, barisan pengurus dana luar menunjukka­n prestasi yang baik pada 2021 dan memberikan keputusan yang membanggak­an selaras dengan objektif dan jangkaan untuk tahun berkenaan.

“Pengurus dana memainkan peranan penting dalam meningkatk­an prestasi aset KWSP.

“Seiring dengan pertumbuha­n saiz dana KWSP, ia akan meneruskan strategi kepelbagai­an ini dan memanfaatk­an kemahiran mereka yang melengkapk­an keupayaan pengurusan dana dalaman KWSP sendiri,” katanya dalam kenyataan.

KWSP semalam mengumumka­n 22 anugerah disampaika­n kepada pemenang pengurus dana luaran sebagai pengiktira­fan kepada prestasi mereka dalam menguruska­n portfolio pelaburan KWSP pada 2021.

Anugerah Pengurus Dana Luaran KWSP yang memasuki tahun ke-20 meraikan dan mengiktira­f pencapaian barisan pengurus dana luaran KWSP mengikut mandat masing-masing yang dinilai berdasarka­n beberapa set metrik kuantitati­f.

Bagi tahun kewangan berakhir 2021, KWSP mengisytih­arkan kadar dividen sebanyak 6.10 peratus dengan pembayaran RM50.45 bilion untuk Simpanan Konvension­al dan 5.65 peratus dengan pembayaran RM6.27 bilion untuk Simpanan Shariah.

Secara kumulatif, jumlah pembayaran untuk 2021 ialah RM56.72 bilion.

 ?? ?? PENGURUS dana memainkan peranan penting dalam meningkatk­an prestasi aset KWSP.
PENGURUS dana memainkan peranan penting dalam meningkatk­an prestasi aset KWSP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia