Harian Metro

SATU KEAJAIBAN!

Lelaki terselamat selepas dihempap karavan seberat 4,000kg

-

Keajaiban berlaku apabila seorang lelaki di United Kingdom (UK) mendapat peluang kedua untuk hidup walaupun parah akibat dihempap karavan.

Mirror UK melaporkan, Keith Tyler (gambar), 72, meletakkan kenderaan itu pada satu sudut bagi membetulka­n rodanya sebelum ia tiba-tiba jatuh dan menghempap­nya.

Isterinya, Tina yang turut berada di tempat kejadian menyaksika­n sendiri bagaimana suaminya berjaya menarik dirinya keluar dari bawah kenderaan sebelum rebah dengan berlumuran darah.

Keith mengalami kecederaan serius iaitu keretakan pada tengkorak dan rahang, mengalami darah beku, paru-paru dipenuhi darah dan telinga terkoyak.

Lukanya sangat serius sehingga doktor memberitah­u

Tina kemungkina­n Keith tidak dapat diselamatk­an lagi.

Keith ditahan di hospital selama empat bulan dan keadaannya tidak menentu.

Bagaimanap­un, dia dibenarkan keluar dari hospital pada Februari dan kini sedang dalam proses pemulihan.

“Saya tidak sedar apa yang berlaku selepas dihempap karavan seberat 4,000 kilogram (kg),” katanya.

Sementara itu, Tina, 70, berkata, dia nampak karavan itu menghempap suaminya dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika kejadian. “Saya berpaling dan menjerit meminta tolong dan menelefon 999.

“Badannya berlumuran darah. Entah bagaimana dia keluar dari bawah van dan menolak dirinya keluar, mungkin dengan adrenalin. Hidungnya berdarah dan dia seperti sedar.

“Dia berdiri dan melangkah ke hadapan dan kemudian rebah di tepi kereta,” katanya.

Pasukan kecemasan tiba di rumah pasangan itu di Gosport, Hampshire, pada 30 Oktober tahun lalu sebelum Keith dikejarkan ke Hospital Besar Southampto­n.

Keith dilaporkan menerima rawatan di unit neurologi di Hospital Besar Southampto­n sebelum dipindahka­n ke Hospital Queen Alexandra di Portsmouth pada Disember lalu.

Mangsa menarik dirinya keluar dari bawah kenderaan sebelum rebah

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia