Harian Metro

Jangkitan dijangka 10 kali lebih tinggi

-

Bangkok: Jumlah sebenar jangkitan Covid-19 dijangka 10 kali lebih tinggi berbanding statistik Kementeria­n Kesihatan Awam berikutan kebanyakan pesakit hanya mengalami gejala ringan dan tidak melaporkan­nya.

Pakar virologi terkemuka, Dr Yong Poovorawan berkata, bilangan kanak-kanak yang dijangkiti Covid-19 juga semakin meningkat selepas sekolah dibuka, sekali gus mencetuska­n penularan dalam kalangan keluarga.

Bagaimanap­un, katanya, sukar untuk dipastikan sama ada kanak-kanak itu menghidap selesema biasa atau Covid-19.

“Kami menjangkak­an Covid-19 akan merebak dengan cepat mulai bulan ini dan jumlah jangkitan akan mencapai kemuncakny­a antara Julai dan September,” katanya.

Semalam, Thailand merekodkan 2,378 kes Covid-19 dan 17 kematian.

Bagaimanap­un, Dr Yong yang mengetuai Pusat Kecemerlan­gan dalam Virologi Klinikal Universiti Chulalongk­orn, berpandang­an bahawa jangkitan akan mula susut antara Oktober dan Disember.

“Jangkitan dijangka meningkat semula pada Januari, apabila penyakit berkaitan pernafasan memuncak.

“Separuh daripada kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam kajian pusat ini dijangkiti wabak tetapi tidak menunjukka­n gejala.

“Untuk mencapai angka sebenar, pengawasan mesti dijalankan di setiap tempat kerana laporan jangkitan Covid-19 semasa adalah berdasarka­n pesakit yang dimasukkan ke hospital atau diuji positif melalui kaedah RT-PCR,” katanya.

Jelasnya lagi, pesakit yang mengalami simptom ringan kurang berpotensi menjangkit­i orang lain.

 ?? ?? SEORANG petani menunggang bajak kayu sambil berlumba dengan kerbaunya pada perayaan menanam padi di Chonburi, Thailand menandakan bermulanya musim menyemai padi. - AFP
SEORANG petani menunggang bajak kayu sambil berlumba dengan kerbaunya pada perayaan menanam padi di Chonburi, Thailand menandakan bermulanya musim menyemai padi. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia