Harian Metro

Warga emas edar syabu ditahan

-

Jakarta: Seorang warga emas di Indonesia ditahan selepas disyaki terbabit kegiatan pengedaran syabu.

Tribunnews melaporkan, lelaki berusia 62 tahun itu ditahan pasukan polis narkotik dalam serbuan di Bathin Solapan pada 19 Jun lalu.

Jurucakap Polis Unit Narkotik Polis Bengkalis, Toni Armando berkata, maklumat mengenai kegiatan suspek disalurkan orang awam kepada anggota di daerah.

“Kami arahkan anggota melakukan risikan dan mengenal pasti identiti suspek selepas beberapa jam selepas itu.

“Serbuan dijalankan jam 2 petang dan suspek berada di rumah.

“Ketika ditahan, polis menemui syabu seberat 43 gram yang dibungkus dalam 82 plastik lutsinar,” katanya.

Selain syabu, polis merampas wang tunai satu juta rupiah (kira-kira RM298) disyaki hasil urus niaga bahan terlarang itu.

Polis turut menyiasat sumber syabu diperoleh dan dia mengakui mendapatka­n bahan terlarang itu daripada rakannya bernama Eko.

“Buat masa ini Eko masih dalam buruan, manakala suspek ditahan di balai polis Bengkali. Barang rampasan dibawa ke situ,” katanya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia