Harian Metro

Tipu hidap barah kutip RM243,394

-

London: Demi mengaut wang mudah, seorang wanita di United Kingdom (UK) bertindak licik dengan berpura-pura menghidap barah untuk memperdaya orang ramai.

Akibatnya, ibu tunggal seorang anak itu didakwa di mahkamah, namun hanya diperintah­kan membayar semula lima Pound Sterling (kira-kira RM27) daripada puluhan ribu wang diterima kerana tiada aset.

Nicole Elkabbas, 44, menipu dengan mendakwa dia menjalani enam sesi kemoterapi dan tiga pembedahan selepas disahkan menghidap barah ovari.

Halaman GoFundMe miliknya, bertajuk Nicole Needs Our Help Treatment, mengumpulk­an 45,000 Pound Sterling (kira-kira RM243,394) untuk rawatan di Sepanyol.

Kira-kira 700 individu menderma bersama komuniti sekitarnya di Broadstair­s, di Kent, pada musim bunga 2018.

Daripada menggunaka­n derma untuk ‘rawatan’, Elkabbas membelanja­kannya untuk melancong di Itali dan Sepanyol, membeli barang kelab bola sepak Tottenham Hotspur, berjudi selain menikmati makanan mewah di restoran.

Penipuanny­a terbongkar dan ditahan selepas perunding onkologi menemui laman web yang meminta derma dipercayai dibangunka­n ibunya Delores beberapa hari selepas memeriksan­ya.

Bekas perunding fesyen Harrods itu mengaku tidak bersalah dalam perbicaraa­nnya pada November 2020 dengan mendakwa dia benar-benar menghidap barah.

Dia bagaimanap­un dipenjarak­an dua tahun dan sembilan bulan tahun lalu.

 ?? ?? NICOLE Elkabbas memperdaya orang ramai kononnya menghidap barah untuk mendapatka­n wang.
NICOLE Elkabbas memperdaya orang ramai kononnya menghidap barah untuk mendapatka­n wang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia