Harian Metro

ISTIMEWA TOK TI UNTUK B40

Siti bakal hibur peminat menerusi Queen Of The Night Siti Nurhaliza Saya perlu memberikan persembaha­n yang mantap, berkesan dan menghiburk­an supaya apabila balik ke rumah nanti, banyak momen indah dapat diingati mereka

- Oleh Norhayati Nordin norhayati_nordin@ hmetro.com.my

Kemunculan penghibur tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 43, dalam ‘showcase’ istimewa sememangny­a ditunggu oleh kelompok peminat tegarnya yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat.

Malah, sebaik mendengar saja ‘desas-desus’ Siti akan mengadakan ‘showcase’ dan konsert, pasti peminatnya yang teruja itu membuat persiapan membeli tiket berkenaan.

Begitu pun, bagi ‘showcase’ Siti yang berlangsun­g dalam fasa endemik ini adalah

Queen Of The Night Siti Nurhaliza pada 6 Ogos depan di Hotel Royale Chulan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, jam 7 malam.

Persembaha­n nyanyian istimewa

Siti yang penuh makna ini dibawakan oleh penganjur projek, Be De Paris. Malah, menariknya lagi semua meja untuk penonton sudah pun dibeli oleh Yayasan Metamorpho­sis.

Siti ditemui pada majlis sidang media Queen Of The Night di Menara Berkembar Petronas, KLCC, Jalan Ampang, baru-baru ini berkata, dia tidak menduga jualan meja untuk ‘showcase’ istimewa itu habis dijual lebih awal.

“Terkejut juga apabila saya dimaklumka­n oleh penganjur bahawa semua meja dijual untuk ‘showcase’ ini sudah dibeli pihak Yayasan Metamorpho­sis untuk disumbangk­an kepada golongan B40 yang terpilih.

“Saya bersyukur juga dapat terbabit untuk menjayakan ‘showcase’ Queen Of The Night ini kerana barisan penonton yang hadir nanti amat istimewa. Terus terang saya teruja nak menghiburk­an golongan B40 terpilih itu yang mungkin sudah lama teringin menonton ‘show’ saya.

“Saya berusaha memberikan persembaha­n terbaik untuk menghiburk­an mereka pada malam itu nanti dengan rangkaian 15 lagu yang kebanyakan­nya lagu popular saya berkisar kepada wanita dan inspirasi,” katanya.

Bakal menjayakan persembaha­n itu selama 90 minit, Siti berkata, dia juga tidak akan sama sekali tampil dengan ‘show’ yang dianggap ‘double standard’. Katanya, sebagai penyanyi sudah pasti persembaha­n yang ikhlas itu membawa kepuasan tersendiri.

“Sebagai penyanyi yang menghiburk­an penonton, tiada istilah ‘double standard’ dalam persembaha­n. Untuk saya, apa yang paling utama penonton mendapat kepuasan pada ‘show’ dijayakan. Apatah lagi, mereka membeli tiket yang dijual itu.

“Jadi, saya perlu memberikan persembaha­n yang mantap, berkesan dan menghiburk­an supaya apabila balik ke rumah nanti, banyak momen indah dapat diingati mereka,” katanya yang akan menggayaka­n dua rekaan busana khas.

Persembaha­n yang diiringi komposer dan pengarah muzik terkenal, Aubrey Suwito itu juga semestinya tidak akan menghampak­an penonton dengan susunan muzik yang segar. Menurut Siti, beliau dan Aubrey selalu saling berbincang.

Sementara itu, Presiden Yayasan Metamorpho­sis, Datuk Razalif Mohamad Zain berkata, dia sudah lama mimikirkan untuk membawa Siti menjayakan projek ‘showcase’ istimewa bagi menghiburk­an golongan B40.

“Siti adalah penghibur terkenal dan nombor satu negara. Jadi, sudah semestinya ramai pada kalangan rakyat di negara ini teringin dan mempunyai impian untuk menyaksika­n ‘showcase’ beliau, termasuk golongan B40 sendiri.

“Jadi, bagi memastikan ‘dream come true’ buat golongan B40 ini menonton ‘showcase’ Siti, kami dari Yayasan Metamorpho­sis sentiasa mencari peluang untuk menjalinka­n kerjasama menarik dan istimewa,” katanya.

Difahamkan, seramai 450 peminat

Siti dalam kalangan Keluarga Malaysia, B40 terpilih dari seluruh negara yang terdiri dari golongan berpendapa­tan rendah, ibu tunggal dan anak yatim akan hadir menyaksika­n ‘showcase’ Queen Of The Night Siti Nurhaliza itu.

SITI

 ?? ?? HIBURKAN golongan B40, Siti bakal tampil persembaha­n menarik dan istimewa.
HIBURKAN golongan B40, Siti bakal tampil persembaha­n menarik dan istimewa.
 ?? FOTO ROHANIS SHUKRI ??
FOTO ROHANIS SHUKRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia