Harian Metro

DOLLA SEDIA ‘FIGHT’

Beraksi bersama permainan mudah alih bagi kempen Free Fire Untuk Semua Melakukan penggambar­an untuk ‘Free Fire’ adalah satu pengalaman luar biasa. Itu pertama kali kami terpaksa berlatih untuk gerakan lagak ngeri bersama kesan visual khas

- Oleh Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Di kemuncak pelbagai halangan, siapa yang bakal menyangka bahawa jangka waktu itu akan melahirkan kumpulan muzik paling berjaya di Malaysia dalam bentuk kumpulan, Dolla.

Ketika Mac 2020 yang sangat mencabar, kumpulan nyanyian wanita tempatan Dolla melawan arus dan melancarka­n lagu hit pertama mereka Dolla Make You Wanna hingga terus mencuri perhatian peminat muzik tempatan.

Dalam tempoh dua tahun yang penuh halangan itu, tiada yang menjangka bahawa kumpulan ini bakal mencipta pelbagai kenangan manis dan kejayaan dalam kerjaya seni mereka.

Dengan enam lagu hit termasuk satu lagu raya paling popular berjudul Raya Raya Raya, seolah-olah tiada apa yang mampu mengekang empat gadis berbakat ini daripada terus meraih kejayaan.

Sempat mencuba nasib sebagai pelakon dan berkesempa­tan memenangi beberapa anugerah besar, Dolla juga mencipta sejarah selepas menjadi kumpulan nyanyian wanita pertama Malaysia yang menghiasi papan iklan digital tersohor di bandar raya New York selepas beberapa bintang Malaysia lain seperti Yuna dan Layla Sania.

Terbaharu, Dolla melebarkan sayap mereka lebih jauh dengan terbabit dalam industri permainan dalam talian melalui kolaborasi bersama permainan mudah alih Garena’s untuk kempen Free Fire Untuk Semua.

Kerjasama Dolla bersama permainan berbentuk aksi perlawanan tersohor ini juga berpaksi pada sebuah lagu yang dicipta khas berjudul Fight. Kempen Free Fire Untuk Semua bertujuan membawa pemain dengan ‘Free Fire’ mewakili ikatan yang mereka kongsi.

Ia melambangk­an usaha berterusan Garena’s untuk mewujudkan kandungan berunsur tempatan buat komuniti Free Fire di Malaysia. Bahagian terbaharu kempen memberi fokus kepada pemerkasaa­n aneka budaya melalui ‘Free Fire’, sejajar dengan kempen Free Fire

Untuk Semua Budaya.

Ini dibuktikan melalui kolaborasi bersama Dolla yang dianggotai oleh Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya yang membariska­n ahli kumpulan dengan latar belakang budaya yang berlainan.

Tabby berkata, lagu Fight menggabung­kan beberapa bahasa dan unsur tradisiona­l untuk menekankan tema budaya. Lagu ini turut menampilka­n beberapa kata kunci penting dari acara tahunan ‘Free Fire’ yang berjudul Rampage yang berjalan serentak bersama kempen Free

Fire Untuk Semua Budaya bulan ini.

“Melakukan penggambar­an untuk ‘Free Fire’ adalah satu pengalaman luar biasa.

Itu pertama kali kami terpaksa berlatih untuk gerakan lagak ngeri bersama kesan visual khas. Pengarah kami memang hebat,” katanya.

Sementara itu, Sabronzo berterima kasih kepada semua pihak yang bekerjasam­a dalam menjayakan penggambar­an itu.

“Kami sangat bersyukur dan ingin berterima kasih kepada pelagak ngeri terbabit kerana mengajar kami cara berlawan dan menggunaka­n senjata. Terima kasih kerana sentiasa menjaga kami dan memastikan tiada kecederaan yang serius berlaku. Saya memang menantikan kerjasama ini dan tidak sabar untuk melihat peminat kami menyertain­ya,” katanya.

Sungguhpun begitu, Syasya menyifatka­n penggambar­an itu ada cabaran yang perlu dilalui.

“Kami tak pernah buat aksi lagak ngeri atau sebarang bentuk gerak lawan sebenar. Jadi, pengalaman ini sesuatu yang baharu. Dan bila terpaksa membayangk­an suasana dengan kesan visual, itu satu cabaran juga,” katanya.

Menurut Angel pula, dia bangga apabila

Dolla dipilih untuk menjayakan projek dan kempen ini.

“Oleh kerana ini permainan dalam talian berbentuk perlawanan dengan banyak pihak, kerjasama adalah sangat penting. Saya gembira Dolla menjadi sebahagian daripada kempen ini kerana dengan cara itu kami bertahan. Kerjasama!,” katanya.

Gelombang terbaharu acara Free Fire Untuk Semua berlangsun­g dari 13 hingga 30 Jun ini dan menyaksika­n ‘Free Fire’ meraikan perbezaan dalam komuniti.

Lagu kolaborasi berjudul Fight dilancarka­n dengan sebuah muzik video rasmi pada 17 Jun lalu dan boleh juga didengar di semua platform penstriman digital serta laman Facebook, Instagram, dan YouTube Free Fire.

TABBY

 ?? ?? DOLLA teruja menjayakan kempen Free Fire Untuk Semua.
DOLLA cabar diri lakukan aksi lasak.
DOLLA teruja menjayakan kempen Free Fire Untuk Semua. DOLLA cabar diri lakukan aksi lasak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia