Harian Metro

‘STAILO’ DAN LASAK

Bateri SUUNTO 5 Peak mampu bertahan sehingga 100 jam

-

Tidak dinafikan pemakaian jam tangan pintar pada hari ini memainkan peranan penting kepada mereka yang mempunyai gaya hidup yang kompleks.

Maklum sahaja, ketika ini pemakaian jam tangan bukan sekadar untuk melihat waktu, tetapi ia diperlukan lebih daripada itu.

Justeru, sebagai peneraju jam tangan pengembara­an dunia, SUUNTO memperkena­lkan model terbaharun­ya, SUUNTO 5 Peak yang mempunyai ciri lengkap untuk mereka yang mementingk­an gaya hidup sihat dan dalam masa sama perlu kelihatan ‘stailo’!

Penulis yang diberi kesempatan untuk menguji model terbaharu yang dijual pada harga RM1,499 seutas itu berpuas hati dengan fungsinya.

Perkara ini kerana SUUNTO 5 Peak mempunyai ciri yang diperlukan oleh mereka yang aktif dalam dunia kecergasan dan sukan lasak.

Mempunyai lebih 80 mod jenis aktiviti kecergasan antaranya larian, larian denai, mendaki, berenang, golf dan latihan litar yang boleh dipilih pengguna memudahkan untuk melakukan aktiviti yang diinginkan.

Lebih menarik pastinya mengenai ketahanan bateri yang mampu bertahan sehingga 100 jam selepas dicaj penuh.

Ciri ini sudah pasti diperlukan oleh mereka yang menyertai kejohanan larian jarak jauh berstatus ultra atau multisport.

Ketahanan bateri perkara yang paling utama kerana ketika ini, ramai penggiat aktiviti kecergasan mula mencabar diri menyertai kejohanan yang memakan masa panjang.

Dari segi beratnya juga boleh diberikan pujian kerana SUUNTO 5 Peak hanya mempunyai berat 39 gram! Seakan-akan tidak memakai sebarang aksesori di tangan.

Sudah semestinya boleh dijadikan pilihan bagi mereka yang aktif dalam aktiviti larian untuk memiliki jam ini kerana tidak akan berasa bebanan menghayunk­an tangan ketika berlari. Apatah lagi untuk larian yang mengambil masa lama.

SUUNTO 5 Peak juga adalah peranti pintar kalis air sehingga kedalaman 30 meter. Ertinya untuk aktiviti berenang boleh digunakan tanpa khuatir mengenai isu kerosakan.

Dalam satu temu bual eksklusif Harian Metro bersama Ketua Suunto

Asia, Fraser Jones berkata, jam pintar ini digabungka­n dengan aplikasi SUUNTO dan peta 3D, membolehka­n seseorang menemui laluan popular dengan mudah, merancang dan kemudian memindahka­nnya ke jam tangan.

“Ciri navigasi GPS SUUNTO 5 Peak turut mempunyai petunjuk navigasi lengkap memastikan anda selamat di laluan tanpa perlu risau terpesong atau tersesat.

“Jam ini digabungka­n dengan aplikasi

SUUNTO dan peta 3D, membolehka­n seseorang menemui laluan popular dengan mudah, merancang dan kemudian memindahka­nnya ke jam tangan,” katanya.

Peranti pintar ini juga mempunyai fungsi untuk si pemakai memeriksa mesej yang dihantar daripada telefon pintar selepas diseragamk­an. Ia juga boleh digunakan untuk menukar lagu di aplikasi muzik daripada telefon pintar.

Dari segi stailo, SUUNTO 5 Peak didatangka­n dengan enam jenis pilihan warna tali jam yang boleh dibeli secara berasingan mengikut cita rasa masing-masing.

 ?? ?? SUUNTO 5 Peak mempunyai ciri yang diperlukan oleh mereka yang aktif dalam dunia kecergasan dan sukan lasak.
SUUNTO 5 Peak mempunyai ciri yang diperlukan oleh mereka yang aktif dalam dunia kecergasan dan sukan lasak.
 ?? ?? PALING menarik pastinya mengenai ketahanan bateri yang mampu bertahan sehingga 100 jam selepas dicaj penuh.
PALING menarik pastinya mengenai ketahanan bateri yang mampu bertahan sehingga 100 jam selepas dicaj penuh.
 ?? ??
 ?? FOTO SUUNTO ??
FOTO SUUNTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia