Harian Metro

JANGKITAN VIRUS VZV

Rawatan awal Sindrom Ramsay Hunt biasanya babit ubat antivirus, kortikoste­roid

-

DARI MUKA 33

Jelas Dr Tengku Ezulia lagi, sindrom itu disebabkan jangkitan VZV iaitu virus sama yang menyebabka­n cacar air.

Selepas jangkitan cacar air hilang, virus VZV masih kekal terpendam dalam saraf dan boleh diaktifkan semula di kemudian hari, contohnya ketika badan mengalami ‘stress’ atau rendah imuniti.

Ia boleh membawa kepada ‘herpes zoster’ iaitu kayap di bahagian badan atau dipanggil sebagai Sindrom Ramsay Hunt apabila membabitka­n kelumpuhan muka.

“Sindrom ini tidak begitu kerap berlaku dan dianggarka­n kira-kira lima daripada setiap 100,000 orang mendapat RHS setiap tahun.

“Ia lebih kerap berlaku kepada mereka yang berusia 60 tahun ke atas dan mempunyai masalah lain seperti tekanan, rendah imuniti badan, menjalani kemoterapi, malnurisi dan sebagainya.

“Menurut kajian klinikal juga, tiada perbezaan ketara dari segi bilangan pesakit yang mengalami sama ada lelaki atau wanita,” katanya.

Dr Tengku Ezulia berkata, rawatan awal RHS biasanya membabitka­n ubat antivirus dan kortikoste­roid.

Rawatan lanjut juga diberikan untuk simptom khusus bagi setiap pesakit, termasuk ubat tahan sakit bertujuan mengurangk­an sakit neuralgik dan ubat penahan vertigo.

Selain itu, pesakit juga perlu mengelakka­n kecederaan pada kornea mata.

“Ini kerana ketidakupa­yaan untuk menutup mata boleh menyebabka­n kornea menjadi kering dan mengalami iritasi benda asing.

“Sekiranya tidak dirawat dengan betul, ulser kornea dan hilang penglihata­n boleh berlaku.

“Setakat hari ini, tiada kaedah rawatan lain yang lebih pantas hasilnya,” katanya.

Menurut Dr Tengku Ezulia, tempoh RHS bergantung kepada tahap keadaan pesakit itu sendiri dan seberapa cepat mereka menerima rawatan.

Ini kerana, dianggarka­n kira-kira 70 peratus pesakit boleh sembuh sepenuhnya dalam beberapa minggu dan peratusan adalah baik juga sekiranya pesakit itu mendapat rawatan awal.

Kata beliau, pesakit yang mempunyai pelbagai komorbidit­i seperti diabetes, usia tua, tekanan darah tinggi dan lemah imuniti badan, mungkin mengambil masa lebih lama untuk pulih.

“Dianggarka­n kira-kira 30 peratus pesakit boleh mengalami komplikasi jangka panjang seperti lumpuh muka kekal dan sinkenesis (tindak balas saraf yang tidak normal).

“Dalam hal ini, pendekatan konservati­f termasuk urutan muka, fisioterap­i dan rawatan dengan toksin botulinum boleh membantu,” katanya.

Sementara itu, Dr Tengku Ezulia berkata, seperti kayap, RHS berpotensi untuk berulang (walaupun jarang berlaku) kerana virus itu masih terdapat dalam saraf dan boleh diaktifkan pada masa hadapan.

Justeru kata beliau, penggunaan vaksin varicella boleh mengurangk­an kemungkina­n mendapat cacar air iaitu punca virus VZV masuk ke saraf dan boleh diaktifkan pada masa hadapan.

“Bagaimanap­un, sekiranya seseorang itu mendapat cacar air, dia berpotensi untuk mengalami pengaktifa­n semula virus dan dengan itu boleh menghidap kayap dan atau RHS (sama ada kayap atau RHS sahaja/kayap dan RHS sekali gus)

“Sekiranya mengalamin­ya, segera mendapatka­n rawatan awal bagi meningkatk­an peluang sembuh sepenuhnya dan mengelakka­n komplikasi jangka panjang,” katanya.

Sindrom ini tidak begitu kerap berlaku dan dianggarka­n kirakira lima daripada setiap 100,000 orang mendapat RHS setiap tahun DR TENGKU EZULIA

 ?? ?? RHS adalah komplikasi daripada jangkitan VZV yang mengakibat­kan keradangan pada ganglion saraf kranial VII iaitu saraf muka.
RHS adalah komplikasi daripada jangkitan VZV yang mengakibat­kan keradangan pada ganglion saraf kranial VII iaitu saraf muka.
 ?? FOTO | SUMBER GOOGLE ?? BIEBER mengalami RHS yang mengejutka­n peminat di seluruh dunia.
FOTO | SUMBER GOOGLE BIEBER mengalami RHS yang mengejutka­n peminat di seluruh dunia.
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia