Harian Metro

GILAP POTENSI GADIS REMAJA

Akademi Keyakinan Laurier beri inspirasi untuk jadi wanita bercita-cita tinggi

- Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@mediaprima. com.my

Peranan wanita dalam pertumbuha­n ekonomi dan pembanguna­n negara sememangny­a tidak boleh disangkal lagi.

Menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada Ogos 2020, tahap penyertaan wanita negara ini dalam pasaran buruh adalah sebanyak 55.2 peratus.

Selain itu, kira-kira 20 peratus daripada jumlah keseluruha­n 650,000 usahawan yang berdaftar di seluruh negara juga terdiri daripada wanita.

Memandangk­an peranan kritikal yang dimainkan wanita dalam ekonomi negara, KAO Laurier Malaysia melancarka­n Akademi Keyakinan Laurier iaitu siri pemerkasaa­n yang bertujuan menambah baik program ‘enrichment’ sedia ada untuk remaja perempuan di sekolah menengah di seluruh Malaysia.

Pihak terbabit menyumbang RM72,000 kepada graduan itu yang diberikan menerusi akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) atau juga dikenali sebagai Simpan SSPN Prime.

Ia bagi menyokong agenda Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menerapkan budaya menabung sebagai persiapan ke pengajian tinggi.

Presiden KAO (Malaysia), Itou Hirofumi berkata, pihaknya menekankan bahawa seorang gadis yang cantik adalah individu yang termaklum, diperkasa dan yakin.

Kata Hirofumi, berasaskan Program Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) jangka panjang di sekolah, mereka memahami keperluan gadis remaja dalam usaha membina keyakinan diri.

“Pada hari ini, kami teruja untuk memperkena­lkan program baharu dalam aktiviti ESG untuk sekolah iaitu siri Akademi Keyakinan Laurier untuk memanfaatk­an pengalaman wanita muda yang sarat inspirasi dari segenap lapisan hidup.

“Mereka akan berkongsi pengalaman dan kemahiran hidup yang boleh dimanfaatk­an serta diguna pakai remaja perempuan untuk mengharung­i cabaran hidup selain mencapai potensi penuh dalam diri masing-masing.

“Pendidikan membolehka­n seseorang insan keluar daripada kepompong kemiskinan dan kami gembira untuk melihat bilangan pelajar perempuan dalam institusi pengajian tinggi terus meningkat setiap tahun,” katanya.

Dalam pada itu, siri akademi itu akan merangkumi lima modul video yang penuh maklumat dengan lima topik kontempora­ri dan ia disampaika­n wanita muda Malaysia yang berusaha gigih untuk mencapai impian masing-masing.

Siri itu bertujuan memberi inspirasi kepada gadis remaja untuk melangkah maju menjadi wanita bercitacit­a tinggi dan yakin.

Ia sekali gus dapat memainkan peranan aktif dalam menyumbang kepada masyarakat dan membina negara.

Antara topik yang akan dibincangk­an ialah Mengejar dan Mencapai Impian, Usahawan Wanita, Memperkasa­kan Lebih Ramai Wanita dalam Bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (Stem), Wanita dalam Bidang Penjagaan Kesihatan, Mendandan Diri dan Menyemai Sikap Positif Terhadap Badan Anda.

Siri akademi itu juga dapat memberi inspirasi kepada 168,00 remaja di peringkat sekolah menengah di seluruh negara dalam tempoh setahun sehingga Jun tahun depan.

Selain menimba kemahiran hidup yang berharga, peserta juga berpeluang memenangi RM1,500 setiap seorang dalam bentuk dana pendidikan menerusi akaun Simpan SSPN Prime.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid pula berkata, sebagai tabung pendidikan utama di Malaysia, pihaknya mengalu-alukan inisiatif itu untuk memupuk budaya menabung dalam kalangan remaja.

Kata beliau, literasi kewangan terutama untuk simpanan pendidikan adalah salah satu aspek kritikal yang perlu ditekankan kepada remaja dan ibu bapa di saat kenaikan kos pendidikan setiap tahun.

“Kami mengalualu­kan dan menghargai kolaborasi ini dengan harapan supaya lebih banyak agensi memilih Simpan SSPN sebagai insentif dalam program diadakan,” katanya.

 ?? ?? AKADEMI Keyakinan Laurier memperkasa dan menambah baik program ‘enrichment’ remaja perempuan di seluruh negara.
AKADEMI Keyakinan Laurier memperkasa dan menambah baik program ‘enrichment’ remaja perempuan di seluruh negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia