Harian Metro

Sesuai juadah tradisiona­l hingga moden

-

Kebanyakan ibu bapa kekal selesa mempraktik­kan gaya hidup norma baharu mengurangk­an risiko jangkitan Covid-19.

Mereka lebih gemar berada di rumah dan memasak sendiri hidangan untuk keluarga yang bukan sahaja menjimatka­n kos, malah terjamin kebersihan­nya.

Disebabkan sedar akan kepentinga­n mengenai nutrisi dan kebersihan makanan, makan di rumah masih menjadi pilihan utama rakyat Malaysia ketika ini.

Menyedari keperluan itu, M&S memperkena­lkan produk krim kelapa bagi membantu pengguna supaya dapat mengekalka­n dan menikmati gaya hidup yang lebih sihat.

Selain sesuai untuk hidangan utama dan pencuci mulut, krim kelapa itu juga boleh digunakan dalam pelbagai resipi, dari juadah tradisiona­l hingga juadah moden.

Secara tradisinya, krim kelapa biasa digunakan untuk juadah utama seperti nasi lemak dan aneka kari.

Pada masa sama krim kelapa juga boleh digunakan sebagai pengganti produk tenusu dalam penyediaan juadah seperti sos, sup ataupun resipi minuman.

Ia kaya dengan nutrien baik seperti potassium, trigliseri­da rantaian sederhana serta mengandung­i asid laurik yang dapat membantu mengurangk­an risiko radang perut.

Bagi yang mempunyai masalah toleransi terhadap laktosa, krim kelapa itu juga adalah satu alternatif yang sesuai tanpa perlu mengorbank­an rasa makanan.

Ia adalah 100 peratus produk semula jadi tanpa bahan tambahan atau pengawet dan diproses secara Ultra High Temperatur­e

(UHT) menggunaka­n kelapa yang bermutu tinggi.

 ?? ?? KRIM kelapa untuk gaya hidup yang lebih sihat.
KRIM kelapa untuk gaya hidup yang lebih sihat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia