Harian Metro

Saingan mendebarka­n

- Oleh Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Pusingan kedua musim kelima Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) berakhir di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) kelmarin menyaksika­n saingan semakin sengit menjelang pusingan ketiga dan terakhir yang akan berlangsun­g selepas ini.

Kelas Super Sporting menyaksika­n pemandu cukup berpengala­man, Tengku Djan Ley dari pasukan Prima Pearl TD Racing Team yang berganding­an dengan rakan sepasukan, Mitchell Cheah kembali memenangi perlumbaan pada perlumbaan kedua.

Nasib tidak menyebelah­i Tengku Djan yang juga juara bertahan pada musim kelima ini apabila tidak dapat beraksi pada dua perlumbaan di pusingan pertama kerana dijangkiti Covid-19.

Kemudian pada perlumbaan pertama di pusingan kedua, Sabtu lalu, dia gagal menamatkan perlumbaan, tetapi kembali menebus kehampaan dengan menaiki podium pertama pada perlumbaan kedua, semalam.

“Baki dua perlumbaan lagi selepas ini agak kritikal. Saya perlu bersikap lebih optimis. Selepas terlepas pusingan pertama, saya tahu agak sukar mempertaha­nkan kejuaraan. Tapi saya akan bantu rakan sepasukan, Mitchell bersaing merebut juara keseluruha­n,” katanya.

Kelas Sporting pula menyaksika­n Muhammad Naquib dari pasukan Axle Sports mendominas­i kedua-dua perlumbaan, sekali gus melonjakka­n semangat untuknya mengharung­i pusingan ketiga dan terakhir.

“Sudah tentu saya sangat gembira dengan keputusan dua perlumbaan ini walaupun sebenarnya perlumbaan kedua lebih sukar kerana ia berlangsun­g selepas hujan. Tapi kereta saya berada pada tahap terbaik,” katanya.

Bagi Kelas Promotiona­l yang menyaksika­n pembabitan selebriti tempatan, pelawak terkenal, Nabil Ahmad muncul juara perlumbaan kedua selepas seorang lagi pelawak terkenal, Zizan Razak mendominas­i perlumbaan pertama, Sabtu lalu.

“Ini kali pertama saya dapat podium pertama selepas dua musim, jadi sudah tentu saya bersyukur dengan kemenangan ini,” kata Nabil.

Selain tumpuan di litar, mereka yang hadir sepanjang dua hari festival itu juga berpeluang menyaksika­n secara dekat persembaha­n artis tempatan serta aktiviti lain.

 ?? ?? NABIL dan barisan selebriti yang menyertai Festival TGR di Litar Sepang. FOTO Azhar Ramli
NABIL dan barisan selebriti yang menyertai Festival TGR di Litar Sepang. FOTO Azhar Ramli
 ?? ?? NAQUIB (tengah) memenangi kelas Sporting.
NAQUIB (tengah) memenangi kelas Sporting.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia