Harian Metro

Pelumba wanita negara mampu gegar dunia

-

Kuala Lumpur: Kejayaan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri meraih emas di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) dekat New Delhi, baru-baru ini membuktika­n bahawa pelumba trek wanita negara kini boleh disandarka­n untuk menyerlah di pentas antarabang­sa.

Legenda sukan berbasikal negara Datuk Ng Joo Ngan berkata, ia berbeza berbanding satu ketika dahulu apabila sukar untuk melihat pelumba wanita negara meraih kejayaan.

Izzah yang baharu berusia 19 tahun dan berasal dari Kedah, memenangi emas menerusi acara 500 (m) ujian masa, sekali gus menamatkan penantian negara dalam acara itu di ACC dengan pencapaian terbaik hanya meraih perak melalui Fatehah Mustapa pada 2008 dan 2015.

“Dia (Izzah) masih muda, sebab itu dia perlu berikan lebih tumpuan kepada kariernya. Sekarang kita sudah boleh nampak pelumba wanita boleh menang.

“Banyak pelumba berbakat wanita datang dari Kedah kerana mereka mendapat sokongan yang baik.

“Izzah belum mendapat kekuatan seperti seorang dewasa. Sekarang dia boleh memenangi perlumbaan, apa lagi jika mempunyai kekuatan sebagai seorang dewasa.

“Sukan berbasikal memerlukan masa meningkat naik dan saya percaya dia akan terus cemerlang selepas ini,” katanya.

Jelas Joo Ngan, pelumba negara yang beraksi di ACC sememangny­a perlu menyerlah kerana banyak sudah dilaburkan oleh pihak berkepenti­ngan seperti Majlis Sukan Negara (MSN) kepada sukan berbasikal negara.

 ?? ?? IZZAH (tengah) memenangi emas acara 500m ujian masa.
IZZAH (tengah) memenangi emas acara 500m ujian masa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia