Harian Metro

Fokus kini hanya julang Malaysia

Sokongan padu penyokong lonjak semangat Zii Jia

-

perkara itu (rekod pemain perseorang­an negara), cuma saya mahu raih keputusan terbaik di sini. Saya juga tak mahu terlalu beri tumpuan kepada pihak lawan, hanya fokus kepada corak permainan dan persiapan sendiri. Selama ini menang atau kalah semuanya memberi pengajaran bermakna kepada saya," katanya.

Berhubung sambutan positif penyokong apabila jualan tiket untuk menyaksika­n kejohanan di

Arena

Axiata itu yang bermula hari ini sehingga Ahad mendapat sambutan sangat menggalakk­an, Zii Jia berkata ia memberi gambaran cukup positif.

"Ia satu petanda cukup baik untuk peminat sukan badminton di Malaysia. Sebagai pemain sudah tentu ia melonjakka­n semangat kepada kami semua," katanya.

Pemain berusia 24 tahun itu yang sudah mengharung­i lapan kejohanan sebelum ini tampak tidak mempunyai halangan besar untuk menewaskan pemain Perancis, Toma Junior Popov di pusingan pertama.

Berdasarka­n rekod empat pertemuan sebelum ini, Zii Jia yang menduduki ranking kelima dunia memenangi kesemua perlawanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia