Harian Metro

Manfaatkan peluang

-

Kuala Lumpur: Beregu muda negara, Wan Arif Wan Junaidi dan Muhammad Haikal Nazri mahu memanfaatk­an sepenuhnya peluang beraksi di Terbuka Malaysia bermula di pusingan pertama.

Gandingan yang mendapat gelaran 'Patatimo Boys' itu pada mulanya diletakkan dalam senarai menunggu namun mereka memperoleh peluang keemasan untuk beraksi pada kejohanan bertaraf Super 750 itu selepas beberapa gandingan ternama menarik diri.

"Saya memang tak pernah menjangkak­an kami dapat beraksi sebab kami berada dalam senarai menunggu ketiga. Ini salah satu peluang terbaik untuk saya dan Arif. Peluang seperti ini tidak selalu kami dapat, jadi kami mahu berikan prestasi paling terbaik.

"Mengenai sasaran, kami tidak mahu meletakkan sasaran yang terlalu tinggi. Kami akan fokus pada setiap perlawanan terlebih dahulu," katanya," kata Haikal menjelang Terbuka Malaysia yang akan bermula esok sehingga Ahad ini.

Arif pula berkata, mereka sememangny­a cukup teruja untuk beraksi di kejohanan bertaraf tinggi itu dan menggesa penyokong untuk memberikan sokongan padu.

"Saya harap suasananya seperti di Indonesia (Istora Senayan) apabila ramai penyokong penuhkan stadium dan ia cukup meriah," katanya yang menduduki ranking ke-85 dunia bersama Haikal.

Terdahulu, beregu nombor satu dunia, Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon serta satu lagi gandingan Indonesia, Pramudya Kusumaward­ana-Yeremia Rambitan terpaksa menarik diri daripada menyertai Terbuka Malaysia kerana faktor kecederaan.

Sejak Goh V Shem-Lim Khim Wah memenangi acara beregu lelaki pada 2014, tiada mana-mana beregu negara berjaya muncul juara.

Kuala Lumpur

Rekod cemerlang pemain perseorang­an lelaki negara di Terbuka Malaysia serta sambutan positif daripada penyokong melonjakka­n semangat jaguh perseorang­an profesiona­l negara, Lee Zii Jia untuk menghadirk­an keputusan cemerlang.

Sejak penganjura­nnya, bekas jaguh perseorang­an negara, Datuk Lee Chong Wei paling unggul apabila memenangi kejohanan berprestij itu sebanyak 12 kali dengan yang terakhir pada 2018. Beberapa lagi pemain negara seperti Datuk Rashid Sidek, Ong Ewe Hock dan James Chua juga pernah memenangi gelaran itu.

Dihimpit dengan kontrovers­i tidak beraksi di Sukan Komanwel Birmingham kerana ingin menumpukan kepada Kejohanan Dunia, Zii Jia sebaliknya bertegas fokusnya kini hanyalah di Terbuka Malaysia.

"Setakat ini saya tidak mahu terlalu fikirkan

Ia satu petanda cukup baik untuk peminat sukan badminton di Malaysia. Sebagai pemain sudah tentu ia melonjakka­n semangat kepada kami semua”

Lee Zii Jia

 ?? ??
 ?? ?? WAN Arif dan Haikal cukup teruja untuk beraksi di Terbuka Malaysia.
WAN Arif dan Haikal cukup teruja untuk beraksi di Terbuka Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia