Harian Metro

Isu tunggakan gaji berulang kembali

-

Kuala Lumpur: Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan tengah hari. Itu nasib membelengg­u sekurang-kurangnya empat kelab Liga Super yang mula mengalami masalah tunggakan gaji pemain hingga menyebabka­n prestasi pasukan merudum.

Perkhabara­n membabitka­n pasukan berstatus gergasi Liga Super itu bukanlah asing lagi kerana ketika ini ada antara kelab berkenaan terpaksa melepaskan pemain gara-gara tidak mampu lagi membayar gaji mereka.

Malah, prestasi longlai yang dipamerkan pemain mereka pada perlawanan Liga Super baru-baru ini menguatkan lagi spekulasi berkenaan bahawa pasukan terbabit sedang berhadapan masalah kewangan membabitka­n tunggakan gaji.

Situasi terbabit diakui pemerhati bola sepak tempatan Mohd Sadek Mustaffa yang turut mengetahui berkaitan situasi terbabit sehingga menyebabka­n pasukan bertaraf gergasi itu ‘rosak’.

Beliau berkata, tunggakan gaji terbabit berlaku disebabkan pasukan berkenaan masih lagi mengharapk­an belas ihsan daripada kerajaan negeri bagi mendapatka­n dana walaupun kelab sudah berstatus swasta.

“Tunggakan gaji berlaku kepada pasukan Liga Super ketika ini bukanlah satu perkara yang menghairan­kan kerana mereka masih lagi mengharapk­an dana daripada kerajaan negeri selain tidak memiliki penaja yang kukuh.

“Sekarang ini, kita dengar dua atau tiga bulan pemain tidak mendapat gaji. Cuba bayangkan apabila pilihan raya semakin dekat mungkin keadaan pasukan yang mengharapk­an bantuan kerajaan negeri bertambah parah.

“Oleh itu, perkara terbabit perlu diselesaik­an segera kerana pihak yang akan teraniaya adalah pemain apabila terpaksa beraksi tanpa mendapat bayaran gaji hingga menjejaska­n kehidupan mereka,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Selain itu, tanpa mahu mendedahka­n nama pasukan terbabit, penyokong bola sepak tanah air boleh ‘menghidu’ perkara itu berdasarka­n kepada prestasi terkini kelab berkenaan.

“Selagi kelab masih lagi dihantui persatuan bola sepak atau mengharapk­an ihsan kerajaan negeri sudah tentu masalah tunggakan gaji tidak dapat diselesaik­an secara menyeluruh,” katanya.

Mengikut rekod, antara pasukan yang pernah dipalit isu tunggakan gaji pada musim ini adalah membabitka­n Melaka United, Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Sarawak United.

Namun, pengurusan KDA FC menafikan perkara terbabit dengan mendakwa pemain mereka tidak pernah berdepan masalah tunggakan gaji manakala Melaka United dan Sarawak United pula dikatakan sudah menjelaska­n bayaran itu.

 ?? ?? KEDAH antara pasukan yang pernah terpalit isu tunggakan gaji.
KEDAH antara pasukan yang pernah terpalit isu tunggakan gaji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia