Harian Metro

NOSTALGIA SKC

Bekas pekerja lombong bijih timah imbau memori 1957

- Oleh Rosman Shamsudin am@hmetro.com.my

SKC merupakan nama jolokan bagi sebuah perkampung­an didiami bekas pekerja sektor perlombong­an yang terletak di kawasan paling utara di Selangor bersempada­n dengan daerah Muallim, Perak.

Perkampung­an terbabit terletak di kawasan Hulu Bernam, Daerah Hulu Selangor dan

Sungai Bernam menjadi pemisah antara kedua-dua negeri berkenaan.

Nama SKC adalah akronim kepada Southern Kinta Consolidat­ed Limited yang merupakan sebuah syarikat perlombong­an yang mengusahak­an aktiviti perlombong­an.

Kawasan SKC terbahagi kepada dua kawasan iaitu Kongsi Lama yang dikenali sebagai SKC Jaya dan Kongsi Baru yang kini dikenali dengan nama Kampung Seri Keledang.

Bagi mereka yang tidak mengetahui asal usul nama SKC menyebabka­n pelbagai tafsiran akan dibuat termasukla­h dengan nama Sekolah Kebangsaan (SK) Cina, malah ada juga menjadikan ia sebagai bahan gurauan dengan memanggil ‘Sakit Kerana Cinta.’

Di samping itu, sehingga kini orang ramai lebih mengetahui kampung terbabit dengan panggilan SKC walaupun kawasan berkenaan sudah mempunyai nama kampung tersendiri.

Kedudukan kira-kira 70 kilometer (km) dari bandar utama iaitu Kuala Kubu Bharu menjadikan pekan Slim River, Perak sebagai pekan utama bagi penduduk menjalani aktiviti harian dalam kehidupan.

Malah, bagi mereka yang dilahirkan di sini kadangkala berlaku kekeliruan indentiti kerana tinggal di Selangor namun alamatnya menggunaka­n poskod Slim River, Perak tapi negeri SePerak langor atau dan lahir di Perak kerana hospital terHospita­l dekat ialah Slim River, Perak.

Bekas pekerja SKC yang ketika itu bekerja sebagai Penyelia Stor Elektrik dan Mekanikal, Sharif Mudin Ahmad, 67, berkata, pembukakaw­asan an perlombong­an bermula sekitar 1956 di kawasan kongsi lama (SKC Jaya) kemudian pada tahun berikutnya disusuli kemasukan pekerja pula.

Katanya, pekerjanya kebanyakka­n berasal dari kawasan Batu Gajah, Changkat Tin, Tanjung Tualang dan Malim Nawar serta sekitar Slim River, Perak.

“Kapal satu memulakan operasi perlombong­an pada tarikh keramat negara iaitu tanggal 31 Ogos 1957 dan kemudian diikuti dengan kapal dua serta kapal tiga pula pada tahun 1980an.

“Kampung Seri Keledang yang dahulu dikenali sebagai Kongsi Baru dibuka bagi penempatan pekerja untuk operasi perlombong­an kapal tiga.

“Nama Kampung Seri Keledang diberi pada tahun 1985 oleh salah seorang penduduk yang dikenali sebagai Haji Shafie Baharudin dan kekal sehingga ke generasi masa kini,” katanya ketika ditemui, dekat sini.

Beliau yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan berkata, bijih timah yang siap diproses dihantar ke Stesen Keretapi Slim River sebagai pengangkut­an bijih timah ke Butterwort­h, Pulau Pinang.

Menurutnya, untuk memudahkan penghantar­an bijih timah ke stesen keretapi berkenaan maka pihak SKC membina sebuah Jambatan Sungai Bernam berdekatan Kampung Kuala Slim River, Slim River, Perak bagi merentasi Sungai Bernam.

Katanya, pihak SKC juga membina sebuah lagi Jambatan Sungai Bernam berdekatan Kampung Sri Keledang bagi menjalanka­n aktiviti perlombong­an di kapal tiga yang membabitka­n kawasan negeri Perak dan Selangor.

“Jambatan Sungai Bernam yang berdekatan Kampung Kuala Slim dibina baharu oleh kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama kerajaan negeri Perak.

“Manakala sebuah lagi jambatan berdekatan kampung sudah ditutup kepada semua kenderaan akibat mengalami kerosakan terutama beberapa tiang sudah patah dan condong serta menunggu masa untuk roboh.

“Keadaan ini berlaku disebabkan aktiviti mengam

bil pasir lombong yang tidak terkawal menyebabka­n struktur jambatan terbabit rosak dan kini penduduk perlu menggunaka­n jambatan baharu yang dibina oleh pihak swasta jika hendak menyeberan­gi sungai berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, jumlah penduduk di Kampung Sri Keledang dan SKC Jaya ketika itu dianggarka­n lebih 1,000 orang.

Sementara itu, bekas pekerja dan penduduk Kampung Seri Keledang, Mohammad Salleh Kassim, 64, pula berkata, suasana kampung memang meriah ketika operasi perlombong­an dijalankan di kawasan ini.

Katanya, semangat berkerjasa­ma dan perpaduan antara kaum termasuk kaum Cina dan India serta Punjabi membuatkan penduduk kampung ini hidup dalam keadaan harmoni.

“Dahulu apabila tiba waktu gaji pekerja, pihak syarikat Mogah menyediaka­n bas pada tanggal 7 dan 21 haribulan untuk pekerja ke pekan Slim River membeli barang keperluan.

“Seminggu sekali terdapat tempat yang dikenali sebagai ‘panggung wayang’ di mana terdapat tayangan filem untuk pekerja menonton beramai-ramai filem tempatan dan luar negara.

“Kini, semua detik-detik kehidupan di zaman aktiviti

perlombong­an bijih timah di kawasan ini sudah menjadi lipatan sejarah sebagai kenangan dalam kehidupan,” katanya.

Beliau yang juga bekas pemandu kapal korek bijih timah yang dikenali ‘Winchman’ berkata, kesunyian kampung ini mulai terasa selepas operasi perlombong­an dihentikan berperingk­at sekitar tahun 1993 dan tutup sepenuhnya lima tahun berikutnya.

Beliau berkata, ketika itu ramai pekerja yang berpindah keluar dari kampung untuk mencari perkerjaan baharu demi kelangsung­an hidup malah yang tinggal kini dan masih hidup hanya tinggal beberapa orang bekas pekerja kerana segelintir sudah dijemput ilahi.

“Bekas pekerja yang masih ada kebanyakka­n usia sudah lanjut, ada juga yang masih bekerja di kampung sebagai nelayan sungai, berniaga secara kecil-kecilan dan menceburi bidang pertanian bagi menghabisk­an sisa kehidupan.

“Manakala, anak-anak muda pula ada yang sudah berhijrah keluar dari kampung memulakan kehidupan baharu selepas tamat persekolah­an dan ada juga ramai yang tinggal di kampung bekerja di kilang kereta dan vendor dekat Proton City, Tanjung Malim,” katanya.

Salleh berkata, bekas pejabat SKC, panggung wayang, kelab pekerja, padang bola, gelanggang serbaguna dan jambatan uzur sahaja yang tinggal ketika ini dan sesekali terpandang maka terimbau kembali nostalgia lama yang tak mungkin berulang kembali.

Katanya, tapak kawasan lombong yang pernah menghasilk­an bijih timah pula ada yang terbiar dipenuhi semak samun di samping ada juga yang menjadikan sebagai sumber air bagi menjalanka­n aktiviti pertanian.

 ?? ?? PEKERJA SKC merakamkan gambar di atas kapal.
FOTO kenangan pekerja SKC bermain bola sepak.
BEKAS pekerja SKC, Sharif (tengah), Muhammad Salleh (kanan) dan Mohd Radzi mengimbau kembali kawasan perlombong­an bijih timah.
KAPAL yang digunakan bagi melombong bijih timah oleh Southern Kinta Consolidat­ed Limited (SKC) di kawasan Kampung Sri Keledang dan SKC Jaya suatu ketika dahulu.
JAMBATAN Sungai Bernam yang dibina oleh SKC sudah ditutup akibat strukturny­a rosak dan menunggu masa rebah ke dalam Sungai Bernam.
MUHAMMAD Salleh menunjukka­n bekas lombong bijih timah.
PEKERJA SKC merakamkan gambar di atas kapal. FOTO kenangan pekerja SKC bermain bola sepak. BEKAS pekerja SKC, Sharif (tengah), Muhammad Salleh (kanan) dan Mohd Radzi mengimbau kembali kawasan perlombong­an bijih timah. KAPAL yang digunakan bagi melombong bijih timah oleh Southern Kinta Consolidat­ed Limited (SKC) di kawasan Kampung Sri Keledang dan SKC Jaya suatu ketika dahulu. JAMBATAN Sungai Bernam yang dibina oleh SKC sudah ditutup akibat strukturny­a rosak dan menunggu masa rebah ke dalam Sungai Bernam. MUHAMMAD Salleh menunjukka­n bekas lombong bijih timah.
 ?? ?? PANGGUNG wayang yang menjadi tempat penduduk menonton filem suatu ketika dahulu.
MUHAMMAD Salleh menunjukka­n lubang yang menjadi tempat pekerja mengambil gaji.
PANGGUNG wayang yang menjadi tempat penduduk menonton filem suatu ketika dahulu. MUHAMMAD Salleh menunjukka­n lubang yang menjadi tempat pekerja mengambil gaji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia