Harian Metro

KL catat kes tertinggi, 2,652 sembuh kelmarin

-

Kuala Lumpur: Jumlah kes harian baharu Covid-19 dalam negara untuk tempoh enam hari lalu (16 Julai -21 Julai 2022) meningkat kepada 26,237 kes dengan kes mencecah 5,000 pada 16 Julai dan 20 Julai.

Ini berbanding 18,857 kes yang direkod untuk tempoh yang sama 9 Julai hingga 14 Julai 2022.

Kelmarin, sebanyak 4,587 kes lagi dilaporkan, menjadikan kes aktif Covid-19 meningkat kepada 47,409 dengan 96.7 peratus (45,856 kes) menjalani kuarantin di rumah. Kes kumulatif Covid-19 Malaysia kini sebanyak 4,640,235.

Menurut data Covidnow Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), Kuala Lumpur mencatat kes harian tertinggi kelmarin sebanyak 1,408 kes, diikuti Selangor 1,399 kes.

Tujuh negeri mencatat kes tiga angka iaitu Perak (360), Negeri Sembilan (285), Sabah (267), Pulau Pinang (237), Johor 128 (+2), Kedah (109) dan Melaka (100).

Negeri lain mencatat kes dua angka iaitu Putrajaya (65), Sarawak (64), Kelantan (57), Pahang (41), Terengganu (35), Labuan (17) dan Perlis (13).

Sepanjang Julai 2022 setakat ini, terdapat tiga kali kes harian baharu Covid-19 melepasi angka 5,000 iaitu pada 15 Julai (5,230), 16 Julai (5,047) dan 20 Julai (5,685).

Kali terakhir angka kes lima ribu dilaporkan ialah pada 23 April 2022 iaitu sebanyak 5,624 kes.

Berikut kes harian baharu Covid-19 sepanjang tempoh rangkuman mingguan 16 Julai hingga 21 Julai 2022: 16 Julai (5,047), 1 7 Julai (3,936), 18 Julai (3,080), 1 9 Julai (3,902), 20 Julai (5,685) dan 21 Julai (4,587).

Rekod kes harian baharu Covid-19 sepanjang tempoh rangkuman mingguan 9 Julai hingga 15 Julai 2022: 9 Julai (2,799), 10 Julai (3,264), 11 Julai (2,417), 12 Julai (2,345), 13 Julai (3,934), 14 Julai (4,098) dan 15 Julai (5,230).

Singapura masih mencatat kes harian baharu Covid-19 yang tinggi sepanjang minggu ini sehingga mencecah lima angka, berdasarka­n data Worldomete­r seperti berikut: 16 Julai (9,153), 1 7 Julai (6,947), 18 Julai (6,227), 19 Julai (13,794), 20 Julai (10,295) dan 21 Julai (9,749).

Sementara itu, sebanyak 2,652 kes sembuh Covid-19 dilaporkan sehingga jam 11:59 malam 21 Julai 2022, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,556,938 kes.

Sebanyak 10 lagi kes kematian pesakit Covid-19 dilaporkan kelmarim, menjadikan jumlah kes kematian sejak pandemik Covid-19 melanda negara setakat ini sebanyak 35,888.

Sepanjang tempoh rangkuman ini, KKM melaporkan tiga kluster baharu iaitu dua di Selangor (19 Julai) dan satu di Kuala Lumpur (21 Julai).

Secara keseluruha­nnya, sebanyak 7,029 kluster dikesan sejak pandemik Covid-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu. Setakat 21 Julai, 14 kluster yang masih aktif.

Dengan sebanyak 4,640,235 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 26 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia ialah Austria (4,658,125) dan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) sebanyak 4,772,290 kes.

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldomete­r, Jepun mencatat kes harian baharu tertinggi sebanyak 135,239 diikuti oleh Amerika Syarikat 100,711 kes.

Amerika Syarikat turut mencatat angka kematian akibat Covid-19 tertinggi dengan 1,051,235 kes.

Sementara itu, di samping sub-varian Omicron BA.5 yang dilaporkan mudah merebak, satu lagi sub varian Omicron yang mencetuska­n kebimbanga­n ialah BA.2.75 yang digelar ‘Centaurus’ dan setakat ini dikesan di 10 buah negara termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia. Jerman dan Kanada.

 ?? ?? KELIHATAN orang awam memakai pelitup muka ketika tinjauan di Jalan Penang, Georgetown.
KELIHATAN orang awam memakai pelitup muka ketika tinjauan di Jalan Penang, Georgetown.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia