Harian Metro

TAK MENGAKU SALAH 3 TUDUHAN

Pemilik bersama Crackhouse Comedy Club dituduh muat naik video sentuh isu sensitivit­i perkauman di 3 platform media sosial

- Oleh Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

engasas dan pemilik bersama Crackhouse Comedy Club, Rizal Van Geyzel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tiga tuduhan memuat naik video di tiga platform media sosialnya yang menyentuh isu sensitivit­i perkauman.

Mohamad Rizal Johan Van Geyzel, 39, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan berkenaan dibaca di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab Razak.

Dia yang memakai kemeja putih dan seluar biru didakwa memuat naik video berkenaan di laman Facebook, Instagram dan Tik Tok miliknya masing-masing pada 4, 5 dan 6 Julai lalu dengan niat untuk menyakitka­n hati orang lain.

Mohamad Rizal selaku orang kena saman (OKS) didakwa membuat dan memulakan penghantar­an komunikasi jelik yang dibaca pada 13 Julai lalu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.

Ia membawa hukuman hukuman maksimum denda RM50,000 atau penjara setahun dan boleh didenda selanjutny­a RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Haslinda Che Seman memaklumka­n pihaknya tidak menawarkan jaminan memandangk­an kes itu tidak boleh dijamin kerana membabitka­n isu serius iaitu menyentuh sensitivit­i perkauman.

Bagaimanap­un, pihaknya menawarkan jaminan sebanyak RM30,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan jika mahkamah memutuskan untuk membenarka­n OKS dijamin.

Sementara itu, peguamnya Ramkarpal Singh memohon mahkamah membenarka­n anak guamnya dijamin RM2,000 bagi setiap tuduhan.

Beliau memaklumka­n bahawa anak OKS menghidap dyslexia (masalah pembelajar­an membabitka­n kesukaran membaca) selain bapanya juga menghidap kanser.

Hakim kemudian membenarka­n Mohamad Rizal dijamin RM12,000 bagi semua pertuduhan dan memerintah­kannya menyerahka­n pasport kepada mahkamah. Mohamad Rizal juga diperintah­kan untuk tidak membuat sebarang hantaran dan mengeluark­an komen di media sosial mengenai kes itu.

Hakim menetapkan 19 Ogos ini sebagai tarikh sebutan kes. Mohamad Rizal membayar wang jaminan berkenaan.

Pada 14 Julai lalu, media melaporkan pihak polis menahan seorang lelaki disyaki pengasas bersama sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, berhubung penularan dua klip video di premis berkenaan yang dikatakan menyentuh sensitivit­i dan berbaur perkauman.

Suspek ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4 (1), Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Anak tertuduh menghidap dyslexia manakala bapanya menghidap kanser

 ?? ?? MOHAMAD Rizal meninggalk­an Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.
MOHAMAD Rizal meninggalk­an Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia