Harian Metro

Along tersalah alamat campak cat merah

-

Port Dickson: “Saya yakin ceti haram tersalah alamat sebaik melihat hadapan rumah saya dibaling dengan ‘bom’ cat merah,” ujar mangsa Nurul Aisyah, 39.

Dia yang menetap di Rumah Rakyat Kuala Lukut di sini, hanya menyedari kejadian itu jam 7 pagi semalam ketika mahu ke tempat kerja.

“Sebaik membuka pintu, saya terkejut melihat kawasan depan rumah dipenuhi cat merah yang dipercayai dilakukan samseng along.

“Saya trauma dengan kejadian ini kerana saya tidak pernah meminjam wang dari sesiapa termasuk along. Saya percaya mereka tersalah rumah,” katanya yang sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lukut, Choo Ken

Hwa berkata, pihaknya kesal dengan kejadian itu yang menyebabka­n penghuni rumah dalam kesusahan.

“Kejadian seperti ini amat dikesali apatah lagi mangsa tidak mempunyai sebarang urusan dengan along.

“Isu kelewatan atau kegagalan menjelaska­n hutang perlu diselesaik­an dengan kaedah perbincang­an tanpa membabitka­n unsur ugutan atau ancaman keselamata­n seperti ini,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang berdepan ancaman along perlu berani tampil membuat laporan polis.

‘ Sebaik membuka pintu, saya terkejut melihat kawasan depan rumah dipenuhi cat merah yang dipercayai dilakukan samseng along”

Nurul Aisyah

 ?? ?? NURUL Aisyah menunjukka­n rumahnya yang disiram cat merah dipercayai dilakukan along kepada Choo (kanan) di Rumah Rakyat Kuala Lukut. - Gambar NSTP/MOHD KHIDIR ZAKARIA
NURUL Aisyah menunjukka­n rumahnya yang disiram cat merah dipercayai dilakukan along kepada Choo (kanan) di Rumah Rakyat Kuala Lukut. - Gambar NSTP/MOHD KHIDIR ZAKARIA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia