Harian Metro

Polis cari pekerja ubah suai rumah

-

Shah Alam: Polis masih meneruskan usaha mengesan pekerja-pekerja yang dipercayai menjalanka­n kerja pengubahsu­aian kediaman bekas personalit­i TV3, Zalina Azman yang dilaporkan hilang bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, setakat ini seramai enam individu diambil keterangan membabitka­n ahli keluarga Zalina.

“Enam ahli keluarga (diambil keterangan) selepas laporan polis dibuat (bagi membantu siasatan).

“Bagaimanap­un, (polis) masih menjalanka­n siasatan dan mengesan pekerja pengubahsu­aian kediaman terbabit,” katanya.

Dalam tinjauan wartawan di Jalan Ketiau, Seksyen 3 di sini Selasa lalu mendapati keadaan rumah seperti sudah lama ditinggalk­an manakala pagar rumah kelihatan belum siap dibina.

Pemilik pusat tahfiz yang berjiran dengan rumah Zalina, Mohammad Bokhari Shariff, 76 berkata, kerja pengubahsu­aian kediaman itu terhenti beberapa bulan sebelum kehilangan­nya.

“Saya lihat rumah itu sedang melalui proses ubah suai seakan-akan untuk dijadikan pejabat tetapi proses itu terhenti beberapa bulan sebelum kehilangan­nya tahun lalu.

“Saya mengetahui mengenai kehilangan­nya selepas polis datang menemui saya untuk mendapatka­n maklumat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia