Harian Metro

Mohon kerjasama syarikat e-hailing cari rakan baik

-

Shah Alam: Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Senator Datuk Ras Adiba Radzi akan mendapatka­n kerjasama daripada syarikat e-hailing bagi membantu usaha pencarian rakan baiknya Zalina Azman yang hilang.

“Saya bersama suami dan beberapa sahabat ada berusaha dengan cara tersendiri bagi mencari Zal (Zalina Azman). Selepas ini saya akan bersama syarikat e-hailing untuk menguar-uarkan kehilangan­nya,” katanya.

Beliau ditemui ketika melakukan lawatan ke rumah Zalina di Seksyen 3 di sini, bersama Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisiner Mohd Iqbal Ibrahim.

“Saya datang hari ini (semalam) nak periksa sekiranya Zal ada pulang, tetapi ternyata rumah ini sama seperti yang mereka jumpa tahun lalu. Saya akan terus berdoa beliau masih selamat di luar sana,” katanya.

Ras Adiba berkata, beliau ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pagi semalam bagi memberikan sedikit informasi kepada pihak polis berkenaan wanita berusia 58 tahun itu dan berharap sahabat yang lain dapat juga memberi kerjasama berhubung kehilangan bekas rakan sekerja di TV3 itu.

“Ramai yang cakap sudah terlalu lama (hilang) tapi bukan mudah untuk dapatkan jawapannya. Tapi dengan sokongan semua, Insya-Allah kita akan dapat sedikit maklumat di mana Zalina berada dan bagaimana keadaannya.

“Sejak saya kenal dia dari awal 90-an, beliau tidak ada sakit apa-apa. Memang sentiasa gembira tapi kita boleh lihat daripada gambar-gambar yang dikongsi nampak badannya susut.

“Jadi ramai yang tanya sakit apa, adakah dia dalam kegusaran tapi saya kata tidak tahu sebab saya pun dah lama tak bertemu beliau seperti sahabat yang lain. Jadi mereka yang prihatin di luar sana bantulah sama-sama mencari Zalina Azman,” katanya.

Saya harap, sebagai masyarakat Malaysia selepas berita ini disiarkan...bila jalan lihatlah kiri dan kanan”

 ?? ?? RAS Adiba (kiri) tidak akan berhenti mencari Zalina.
RAS Adiba (kiri) tidak akan berhenti mencari Zalina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia