Harian Metro

KPWKM guna media sosial bantu kesan Zalina

-

Shah Alam: Platform media sosial Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan digunakan bagi membantu membuat hebahan mengenai kehilangan bekas pembaca berita stesen televisyen TV3, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun berkata, pihaknya akan bersama-sama membantu menguar-uarkan perkara itu melalui semua platform media sosial kementeria­n.

Rina berkata, pihaknya turut bersimpati dengan kehilangan personalit­i televisyen itu sejak November tahun lalu.

“Kita mengenali beliau sebagai pembaca berita sebelum ini, siapa yang tidak kenal. Saya simpati dan berdoa agar beliau dapat ditemui dalam keadaan selamat.

“Saya lihat banyak juga badan bukan kerajaan (NGO), Datuk Ras Adiba Radzi pun turut sama membantu untuk mencari beliau,” katanya selepas Persidanga­n Meja Bulat Wanita Bangkit 2022 di sini, semalam.

Beliau turut berharap keluarga bekas pembaca berita itu tidak berputus asa dan terus tabah serta cekal mencari beliau.

“Saya harap, sebagai masyarakat Malaysia selepas berita ini disiarkan...bila jalan

lihatlah kiri dan kanan,” katanya.

Kelmarin, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komosioner Mohd Iqbal Ibrahim dilapor berkata Zalina Shaharah, 58, dipercayai masih berada dalam negara susulan tiada pergerakan keluar membabitka­n wanita itu yang dikesan pihak berkuasa setakat ini.

Isnin lalu, Mohd Iqbal dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan daripada anak lelaki Zalina Shaharah, Mikhael Norman, 33, berkenaan kehilangan ibunya pada 29 November tahun lalu.

Rina

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia