Harian Metro

Bangga ayah saudara bagi sokongan

-

Kuala Lumpur: “Saya bangga ada ayah sepertinya yang sanggup berlari membantu saya untuk meneruskan perbarisan itu,” kata pegawai penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Nik Mohamad Adhar Nik Ismadi, 22.

Kisah Nik Mohamad Adhar tular di media sosial selepas insiden dia disambut bapa saudaranya ketika rebah pada Majlis Perbarisan dan Kawalan Kehormatan Sempena Sambutan Jubli Emas ke-50 dan Tamat Latihan Kursus Asas Sains KPDNHEP di Maktab Penjara Malaysia, Kajang, kelmarin, mendapat banyak reaksi daripada warga net.

Menceritak­an semula kejadian itu, Nik Mohamad Adhar berkata, ketika kejadian dia demam sejak 18

Julai lalu namun bertekad menyertai perbarisan dengan rela hati.

Katanya, beliau tetap mahu menyertai perbarisan terbabit kerana ia hari terakhir mereka berkursus 14 hari sejak 1 Julai lalu.

“Selepas satu pusingan kawad, kami berjalan dan rehat sebelum masuk semula (dalam perbarisan).

Ketika tetamu kehormat beri ucapan, saya tiba-tiba merasa pitam kerana cuaca panas.

“Saya terus tumbang namun bangkit semula dalam 30 saat kemudian selepas mendengar kata-kata semangat rakan. Namun, beberapa minit kemudian, saya tumbang lagi sekali dan tidak larat bangun.

“Secara tiba-tiba, ayah (bapa saudara) berlari masuk ke padang kawad untuk memapah saya. Ketika memapah saya, ayah sempat bisikkan kata-kata semangat kepada saya supaya terus kekal berdiri,” katanya.

Beliau yang bertugas di Cawangan KPDNHEP Tawau, Sabah, berkata, dia kemudian meminta ayahnya kembali ke khemah tetamu.

“Namun, saya tumbang semula beberapa minit kemudian sebelum dibawa keluar pasukan perubatan.

“Sejujurnya, saya tidak sangka ayah sanggup berlari keluar dari khemah tetamu semata-mata mahu

memberi sokongan kepada saya,” katanya.

Menurutnya, dia menganggap bapa saudaranya itu, Abdul Aziz Ya’acob, 60, dan isteri, Rosmawati Ismail, 53, sebagai ibu bapanya sendiri kerana mereka menjaganya sejak berusia tiga bulan.

“Saya anggap mereka ibu bapa saya sendiri kerana menjaga saya dari kecil. Saya bangga ada ayah sepertinya yang menyayangi saya sepenuh hati,” katanya.

Kelmarin Harian Metro melaporkan seorang bapa saudara memeluk dan menahan badan anak saudaranya yang tumbang pada Majlis Perbarisan dan Kawalan Kehormatan Sempena Sambutan Jubli Emas ke-50 dan Tamat Latihan Kursus Asas Sains KPDNHEP di Maktab Penjara Malaysia, Kajang, Selangor.

Selepas satu pusingan kawad, kami berjalan dan rehat sebelum masuk semula (dalam perbarisan). Ketika tetamu kehormat beri ucapan, saya tiba-tiba merasa pitam kerana cuaca panas”

Nik Mohamad Adhar

 ?? ?? NIK Mohamad Adhar (tengah) disambut Abdul Aziz selepas tumbang ketika perbarisan.
NIK Mohamad Adhar (tengah) disambut Abdul Aziz selepas tumbang ketika perbarisan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia