Harian Metro

NEELOFA LEGA

Produk inai keluaran syarikatny­a terbukti halal, telap air

- Oleh Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa lega apabila produk inai keluaran syarikatny­a terbukti menggunaka­n bahan kandungan halal dan telap air.

Neelofa atau atau nama sebenarya Noor Neelofa Mohd Nor, 33, berkata, pihaknya bersyukur apabila segala keraguan dapat diperjelas­kan melalui satu kerjasama kajian dengan pensyarah dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya Dr Mohd Zul Helmi Rozaini.

“Saya dah tahu dari awal material produk ini halal dan sah solat namun masih timbul keraguan dalam kalangan netizen dan menjadi tular.

“Untuk saya buktikan kepada orang tak cukup dengan kata-kata. Jadi kami bekerjasam­a dengan UMT bagi menjawab segala keraguan. “Alhamdulil­lah, saya bersyukur dan seronok apabila hasil kajian dilakukan sememangny­a membuktika­n bahawa inai ini telap air,” katanya ketika ditemui dalam satu sidang media di sini, semalam.

Terdahulu, isu berkaitan inai mula menjadi bualan ramai apabila netizen mempertika­ikan status produk itu dan turut membuat video seolah-olah ia tidak sah dibawa solat.

Menurut Neelofa, dugaan yang berlaku membuatkan dia tidak dapat tidur lena selain memberi kesan kepada perniagaan.

“Jujur bila isu ini timbul kami memang tak tidur malam memikirkan­nya. Rasa sedih, kecewa dan geram. Tapi kami sedia maklum yang ramai risau. Jadi inilah usaha untuk menjelaska­n semua keraguan.

“Apa yang berlaku turut memberi kesan kepada perniagaan apabila ramai yang was-was untuk beli produk ini,” katanya.

Sementara itu, suami kepada Neelofa iaitu Mohd Haris Ismail berkata, sebagai peniaga usaha kerjasama itu adalah jalan terbaik untuk meyakinkan orang ramai.

“Kalau orang lain risau, kami lebih risau. Kerana sebagai peniaga, kami juga menjual atas tiket agama dengan memperkata­kan produk ini sah dibawa solat.

“Tak mungkin kami tergamak nak menipu pengguna. Kami reda dengan dugaan ini dan Allah bagi perhatian lebih apabila semua orang ambil berat,” katanya.

“Bila isu ini timbul kami memang tak tidur malam Neelofa

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia