Harian Metro

Ras Adiba tak putus asa cari Zalina

-

‘ Hari ini (kelmarin) hari ketiga kita mencari Zal. Hari ini (kelmarin) saya tukar haluan, saya ke Bangsar, ke Jalan Liku di mana kami bertugas di sini di TV3” Ras Adiba Radzi

Kuala Lumpur: Senator Datuk Ras Adiba Radzi tidak berputus asa untuk mencari bekas rakan sekerjanya, Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.

Malam kelmarin, Ras ditemani beberapa kru program terbitan TV3, 999 meninjau lokasi pejabat dan studio lama TV3 di Jalan Liku, Bangsar di sini, iaitu tempat mereka sama-sama bertugas dahulu.

Ras memilih lokasi itu atas andaian Zalina mungkin datang ke tempat yang memberi makna dalam hidupnya.

Difahamkan, Ras memulakan pencarian selepas Maghrib, malam kelmarin dan berakhir awal pagi semalam.

Ras menerusi Instagram turut memaklumka­n dia akan menyambung usaha mencari Zalina, semalam.

Dalam hantaran sama, Ras juga mendoakan kesejahter­aan Zalina yang dipanggil Zal itu.

“Di mana juga awak berada, saya harap, dalam keadaan baik. Deep (Ras) nak rehat ni Zal (Zalina) dan Deep doakan Zal pun sama,” tulisnya.

Kelmarin, Ras berkongsi video ketika dia keluar melakukan pencarian di sekitar kawasan Jalan Liku di sini.

“Hari ini (kelmarin) hari ketiga kita mencari Zal. Hari ini (kelmarin) saya tukar haluan, saya ke Bangsar, ke Jalan Liku di mana kami bertugas di sini di TV3.

“Rasa sedih sikit sebab saya datang ke sini, melalui lorong ini, saya sedih sebab banyak yang saya ingat. Saya dan Zal dulu bertugas di sini dan banyak memori bagus di sini.

“Tapi, kali ini saya datang dengan harapan mungkin dia ada di sini. Mungkin dia berjalan-jalan di sini, mungkin di sini dia ingat,” katanya.

Kehilangan Zalina atau nama sebenarnya, Zalina Shaharah Azman hangat diperkatak­an selepas tersebar berita polis menerima laporan anak lelaki Zalina, Mikhael, 33, mengenai kehilangan ibunya pada 29 November tahun lalu.

Zalina dilaporkan hilang selepas Mikhael gagal menghubung­inya sejak 24 November tahun lalu bagi memaklumka­n bapanya dimasukkan ke hospital.

 ?? ?? RAS Adiba bersama rakan-rakan meneruskan usaha mencari Zalina (kiri).
RAS Adiba bersama rakan-rakan meneruskan usaha mencari Zalina (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia