Harian Metro

Sarah terpilih sertai kadet tentera udara AS

-

Kuala Lumpur: Pelakon Sarah Hilderbran­d memaklumka­n dirinya terpilih menjadi salah seorang kadet tentera udara Amerika Syarikat (AS).

Menerusi Instagram, wanita berdarah campuran AS, Jerman dan Melayu itu berkongsi secara rasmi yang dia sudah menyertai tentera udara dan seperti bersedia untuk mula berkhidmat dalam pasukan beruniform berkenaan.

Sarah atau nama sebenarnya, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 32, turut berkongsi beberapa gambar dan video selain keterangan gambar pendek yang menyatakan semuanya tidak mustahil dan luahan kesyukuran atas pencapaian­nya itu.

“Tiada apa yang mustahil (Anything is possible). Saya sungguh bersyukur dan gembira dengan kejayaan ini (So grateful for so much),”

tulisnya.

Turut dikongsika­n keputusan ujian Armed Services Vocational Aptitude Battery

(ASVAB) yang diperoleh.

Ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat di atas keputusan yang diambil Sarah.

Pelakon dan pengacara kelahiran Kuala Lumpur itu mengumumka­n sudah bersara daripada industri seni hiburan tanah air sekitar April lalu.

 ?? ?? SARAH berkongsi secara rasmi yang dia sudah menyertai tentera udara AS di laman Instagramn­ya.
SARAH berkongsi secara rasmi yang dia sudah menyertai tentera udara AS di laman Instagramn­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia