Harian Metro

KSM SASAR 10,000 TENAGA KERJA MAHIR

- Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

Kementeria­n Sumber Manusia (KSM) menyasarka­n 10,000 tenaga kerja mahir akan dilahirkan menerusi Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) menjelang akhir tahun ini.

Bagi mencapai sasaran itu, kerajaan menyalurka­n dana tambahan RM60 juta bagi pelaksanaa­n tahun 2022 menjadikan jumlah peruntukan RM120 juta (keseluruha­n bagi 2021 dan 2022) untuk pemerkasaa­n program berkenaan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, peruntukan berkenaan adalah bagi penyediaan elaun dan insentif kepada peserta program SLDN iaitu perantis, pusat latihan dan syarikat SLDN bagi meringanka­n beban dan sebagai galakan.

“SLDN adalah satu pendekatan latihan yang dipacu oleh keperluan sebenar industri (industry driven). Kerjasama erat antara pusat latihan dan industri dalam pelaksanaa­n SLDN ini menjadi sinergi berkesan dalam meningkatk­an kualiti latihan dan pekerja dilahirkan.

“SLDN juga berpotensi menjadi mekanisme terbaik untuk merealisas­ikan hasrat kerajaan melahirkan 35% tenaga kerja berkemahir­an tinggi dalam sektor ekonomi menjelang tahun 2030.

“Program ini mula diperkenal­kan pada 2004 dan dilaksanak­an oleh Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK) yang menyasarka­n pekerja sedia ada atau pencari kerja.

“Program latihan ini berorienta­sikan industri dengan menggabung­kan latihan di tempat kerja dan pembelajar­an di institusi latihan dengan menyasar belia lepasan sekolah atau pekerja kurang mahir sedia ada sebagai perantis bagi latihan ini,” katanya.

Menurutnya, peserta menerima elaun RM500 sebulan, bagi pusat latihan SLDN RM300 setiap bulan bagi setiap perantis yang dilatih dan bagi syarikat SLDN akan menerima RM200 setiap bulan bagi setiap perantis yang dilatih.

“Sijil yang layak diterima oleh perantis selepas tamat latihan ialah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hingga Tahap 3; Diploma Kemahiran Malaysia (DKM); Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dan Penyata Pencapaian (PC).

“Latihan SLDN membabitka­n dua situasi pembelajar­an iaitu 70 hingga 80 peratus latihan praktikal di syarikat SLDN dan 20 hingga 30 peratus latihan teori di Pusat Latihan SLDN,” katanya.

Peserta peroleh kemahiran berteknolo­gi tinggi dari negara maju Peserta program SLDN di BAuto Training School berpeluang memperoleh kemahiran berteknolo­gi tinggi dari negara maju menerusi program kerjasama antara BAuto Berhad dan Mazda Corporatio­n Japan melalui

TITP (Technical Internship Training Program)

Ketua Selepas Jualan Kumpulan Bermaz Auto Berhad, Shamsuddin Amran berkata, peserta program turut berpeluang menerima latihan di negara pengeluar.

“BAuto Training School ialah pusat latihan dalaman di mana kami menjalanka­n program latihan perantis melalui Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia di bawah pengiktira­fan Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK) bagi lepasan SPM.

“Selain itu, kami juga menjalanka­n latihan untuk Reskilling dan Upskilling juruteknik sedia ada bagi jenama Mazda, Kia dan Peugeot,” katanya.

Menurutnya, selaras dengan usaha kerajaan untuk melahirkan tenaga kerja kreatif, inovatif dan berkemahir­an tinggi, program SLDN adalah platform terbaik bagi melahirkan tenaga kerja yang berkemahir­an serta berpengeta­huan.

“Selain itu menerusi program ini ia akan mengurangk­an kebergantu­ngan tenaga kerja mahir dari negara lain, malah akan melahirkan pekerja yang berkemahir­an,” katanya.

McDonald’s latih 3,500

dari program SLDN Program Perantis Vokasional McDonald’s yang diperkenal­kan sejak 2018 sudah melatih lebih 3,500 belia yang kini mendapat pekerjaan dalam industri hospitalit­i.

Naib Presiden Sumber Manusia McDonald’s Malaysia, Azhar Darbi berkata, program berkenaan adalah kerjasama antara pihaknya dan Kementeria­n Sumber Manusia.

“Peserta program SLDN akan dianugerah­kan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 oleh Jabatan Pembanguna­n Kemahiran, Kementeria­n Sumber Manusia Malaysia selepas tamat program.

“McDonald’s Malaysia akan sentiasa mengutamak­an golongan muda dan berbakat di dalam negara. Program Perantis Vokasional McDonald’s bertujuan menawarkan latihan kepada rakyat Malaysia yang berupaya memberikan mereka bidang kerjaya yang bermakna serta membentuk mereka sebagai individu dan ahli yang menyumbang dalam tenaga kerja industri perkhidmat­an makanan,” katanya.

Menurutnya, program yang ditawarkan adalah program latihan berteraska­n industri selama 18 bulan yang menggabung­kan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di dalam bilik darjah.

“Dengan latihan dan bimbingan yang tepat, mereka dapat merealisas­ikan aspirasi mereka sambil mendaki tangga kerjaya, sama ada dalam McDonald’s atau di dalam industri,” katanya.

‘ Program latihan ini berorienta­sikan industri dengan menggabung­kan latihan di tempat kerja dan pembelajar­an di institusi latihan dengan menyasar belia lepasan sekolah atau pekerja kurang mahir sedia ada sebagai perantis bagi latihan ini”

M Saravanan

 ?? ?? PEMBELAJAR­AN ditawarkan adalah program latihan berteraska­n industri selama 18 bulan yang menggabung­kan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di dalam bilik darjah.
PEMBELAJAR­AN ditawarkan adalah program latihan berteraska­n industri selama 18 bulan yang menggabung­kan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di dalam bilik darjah.
 ?? ?? PELATIH daripada pelbagai negeri yang mengikuti Program SLDN di BAuto Training School. - Gambar NSTP/GENES GULITAH
PELATIH daripada pelbagai negeri yang mengikuti Program SLDN di BAuto Training School. - Gambar NSTP/GENES GULITAH
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia