Harian Metro

Dialog kotaraya

Mengambil kira pengaruh TikTok, semua organisasi media kini berlumba menampilka­n bahan kandungan untuk media sosial ini

- Oleh juragan

Tanya sahaja kepada mana-mana golongan muda hari ini mengenai berita. Jawapan pertama semestinya mereka tidak minat untuk mengetahui mengenai berita. Jawapan kedua, lazimnya, jika ada, mereka banyak mengetahui berita menerusi TikTok.

Facebook (FB), pada pandangan mereka, hanyalah untuk orang tua. Orang tua pula pada pandangan mereka generasi yang lahir pada 1970-an dan 1980-an yang kini rata-ratanya sudah berusia 40 tahun ke atas.

Ada juga yang menyatakan tidak lagi berasa ralat jika tidak mempunyai FB, namun lebih suka melayari TikTok.

Cuba juga tanya remaja yang masih bersekolah, kebanyakan daripada mereka mesti memberi jawapan bahawa lebih senang untuk mencari maklumat menerusi TikTok. Mahu cari apa sahaja, semuanya ada di platform ini, daripada berita tular, resipi masakan, nasihat kewangan, tempat melancong menarik sehingga kepada cara betul untuk mengaji al-Quran.

Situasi ini tidak menghairan­kan, malah dapatan ini selari dengan Laporan Berita Digital Institut Reuters 2022. Menurut laporan berkenaan, TikTok kini menjadi media sosial yang paling pantas berkembang. Kira-kira 40 peratus daripada individu berusia antara 18 hingga 24 tahun menggunaka­n aplikasi berkenaan.

Selain itu, individu kumpulan usia sama juga tidak gemar melayari FB. Mereka beranggapa­n terlalu banyak berita palsu di platform berkenaan. Sebaliknya, mereka lebih suka media sosial yang berteraska­n visual seperti Instagram (IG) dan TikTok.

Sedar atau tidak, populariti TikTok sebenarnya melonjak dengan ketara ketika dua tahun pertama pandemik Covid-19. Sepanjang tempoh berkenaan, hampir sebahagian besar penduduk dunia dikenakan pelbagai peraturan dan sekatan. Ia termasuk sekatan pergerakan (lockdown), penutupan sempadan dan penjarakan fizikal.

Ketika itu, platform ini menjadi pilihan untuk orang ramai mengisi masa untuk mencari hiburan. Ia memandangk­an kebanyakan daripada kita terpaksa berkurung di dalam rumah. Tiada cara untuk menghiburk­an diri selain melayari media sosial termasuk TikTok.

Kelebihan utama platfom juga dapat dilihat apabila kandungann­ya lebih santai berbanding media sosial lain. Jika di IG dan YouTube, pencipta kandungan lazimnya mahu memaparkan sisi cantik kehidupan mereka. Tetapi di TikTok, kandungann­ya lebih berteraska­n hiburan.

Ini dapat dilihat menerusi populariti video parodi. Selain itu, durasinya yang lebih pendek juga menyebabka­n video di platform ini amat cepat popular.

Penulis juga agak lewat untuk mengikuti TikTok. Namun, pandangan penulis berubah apabila melihat banyak video yang mempunyai nilai berita lebih cepat dimuat naik oleh pengguna di platform ini, akhir-akhir ini.

Antaranya termasuk video yang memaparkan insiden banjir besar yang melanda Taman Sri Muda di Shah Alam, pada akhir 2021.

Video yang paling mendapat perhatian pada masa itu adalah klip video yang memaparkan orang ramai memecah masuk pasar raya Mydin dan membawa keluar pelbagai barangan dari premis berkenaan.

Selain itu, pengaruh TikTok dalam aspek pemberitaa­n juga dapat dilihat menerusi kes tular. Ia sehinggaka­n sesetengah individu menjadi tajuk dan fokus dalam berita.

Ini termasuk insiden kematian wanita berusia 22 tahun di Amerika Syarikat dikenali sebagai Gabby Petito. Daripada wanita biasa, wanita ini menjadi selebriti selepas kematianny­a. Ini apabila tanda pagar #gabbypetit­o mencecah 2 bilion di TikTok.

Hal sama juga dapat dilihat apabila pelakon Thailand,

Tangmo Nida ditemukan mati di sungai di Bangkok, Februari lalu. Netizen di Malaysia tidak mahu ketinggala­n untuk menjadi ‘detektif tidak bergaji’ apabila membicangk­an insiden ini di

 ?? ??
 ?? ?? KISAH Gabby Petito (kiri) dan Tangmo menarik tontonan ramai di TikTok.
KISAH Gabby Petito (kiri) dan Tangmo menarik tontonan ramai di TikTok.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia