Harian Metro

Hantar lori kosong ambil ayam beku seludup

-

‘ Sebaik lori diserahkan itu diisi muatan ayam beku, pihak yang terbabit akan menyerahka­n kembali lori kepada pemandu asal”

Rantau Panjang: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan mematahkan cubaan menyeludup ayam beku tanpa permit berjumlah RM30,000 dari negara Thailand.

Pengarah Kastam Negeri Kelantan, Mohd Nasir Deraman berkata, hasil maklumat dan intipan dilakukan bersama pasukan Risikan Cawangan Timur, pihaknya menahan sebuah lori dengan muatan 7,500 kilogram (kg) ayam beku di tepi jalan Kampung Berdang, Jalan Jeli-Dabong pada 2.40 pagi.

Katanya, pada masa sama, pemandu lori yang juga penduduk tempatan berusia 31 tahun ditangkap dan kini ditahan untuk siasatan.

“Berdasarka­n siasatan, modus operandi yang digunakan sindiket terbabit adalah dengan menghantar lori kosong dan kemudianny­a menyerahka­n kepada pihak tertentu untuk mengambil ayam beku itu yang diseludup masuk di lokasi tertentu di sekitar sempadan negara.

“Sebaik lori diserahkan itu diisi muatan ayam beku, pihak yang terbabit akan menyerahka­n kembali lori kepada pemandu asal bagi tujuan penghantar­an ke pasaran Lembah Klang,” katanya di Pejabat Pentadbira­n Kastam Rantau Panjang di sini, kelmarin.

Katanya, ayam beku diklasifik­asikan sebagai barang larangan import yang tertakluk mengikut Jadual Ketiga, Bahagian Pertama, Butiran Ketiga Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2022.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) (e), Akta

Kastan 1967.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang dari 10 kali nilai barang atau RM50,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih dari 20 kali nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar atau dipenjarak­an tidak kurang dari enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Mohd Nasir berkata, bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, JKDM Kelantan menerima 22 kes membabitka­n penyeludup­an ayam beku.

“Bagi tempoh berkenaan, pihak kami berjaya merampas 35,842 kg ayam beku dengan nilai rampasan lebih RM160,000 dan cukai lebih RM64,000.

“Berdasarka­n statistik berbanding tahun lalu dalam tempoh yang sama, terdapat sedikit peningkata­n yang berkemungk­inan disebabkan harga ayam di pasaran kini melambung tinggi,” katanya.

Mohd Nasir

 ?? ?? MOHD Nasir (kanan) menunjukka­n ayam beku yang dirampas. - Gambar NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR
MOHD Nasir (kanan) menunjukka­n ayam beku yang dirampas. - Gambar NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia