Harian Metro

Kes influenza kian meningkat

-

Georgetown: Kes influenza A dan B semakin meningkat di Pulau Pinang sejak tiga minggu lepas, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Chow berkata kadar kes influenza A dan B tidak termasuk dalam penyakit yang perlu dinotifika­sikan namun sejak tiga minggu lalu kadar konsultasi kes itu di Pulau Pinang semakin meningkat.

“Namun keadaan kes tersebut adalah terkawal,” katanya kepada pemberita ketika ditanya keadaan semasa kes penyakit seperti influenza (ILI) di Pulau Pinang, di sini, semalam.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dalam kenyataan menasihatk­an penduduk di negeri itu supaya sentiasa mengamalka­n langkah-langkah pencegahan daripada penyakit influenza seperti mengekalka­n tahap kebersihan diri yang tinggi dan mengamalka­n cara hidup sihat.

Menurut kenyataan itu lagi, pelbagai usaha membendung penyakit tersebut sentiasa dilakukan bagi membolehka­n langkah pencegahan awal diambil sekali gus mengelak risiko jangkitan kes influenza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia