Harian Metro

Buntu simpanan semakin susut, suami kian tenat

-

Rembau: Sejak lebih empat bulan lalu seorang lelaki warga emas, Hassan Yahya, 66, hanya mampu terbaring di rumahnya di Taman Rembau Utama di sini, selepas diserang strok.

Hanya isteri Maimun Majid, 63, setia menemani dan menguruska­n makan minumnya kerana dia tidak mampu bergerak apatah lagi mencari rezeki.

Memburukka­n keadaan, Hassan yang sebelum ini bekerja kampung turut menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan gout.

Maimun memaklumka­n wang simpanan mereka menyusut kerana digunakan untuk perbelanja­an perubatan suami serta membeli keperluan harian.

“Sebelum ini suami memang tidak sihat kerana menghidap tekanan darah tinggi serta kencing manis dan kemuncakny­a dia diserang strok pada bahagian kiri badan, dari kaki sampai ke kepala sejak Mac lalu.

“Sejak itu suami terlantar dan saya menjaganya seorang diri. Kami bukan orang senang dan kini hanya bergantung kepada wang simpanan,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Maimun berkata, anak sulungnya adalah orang kurang upaya (OKU) manakala dua lagi anak berkeluarg­a dan mempunyai komitmen masing-masing, dan membantu sekadar termampu.

“Suami perlu buat rawatan fisioterap­i setiap minggu di Hospital Rembau dan mengharapk­an anak lelaki menghantar­nya kerana kami tiada kenderaan, jika tidak perlu panggil teksi.

“Suami kini perlu memakai lampin pakai buang selain sewa rumah dan bil utiliti RM400 sebulan. Untuk makan, saya masak apa yang ada asalkan perut kami terisi,” katanya.

Maimun berkata, dia menerima bantuan pertama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bulan lalu RM500 yang membantuny­a membayar sewa rumah serta bil utiliti.

“Saya tidak bekerja kerana perlu menjaga suami. Saya reda dengan ujian ini walaupun buntu memikirkan masalah kewangan,” katanya sambil menahan air mata.

Mana-mana individu atau pertubuhan yang mahu menyumbang boleh berhubung dengan Maimun di talian 0112341180­9 atau boleh memberi sumbangan terus ke akaun CIMB 7023366812.

 ?? ?? MAIMUN menyuap air untuk suaminya yang terlantar akibat diserang strok sejak Mac lalu. - Gambar NSTP/AHMAD HASBI
MAIMUN menyuap air untuk suaminya yang terlantar akibat diserang strok sejak Mac lalu. - Gambar NSTP/AHMAD HASBI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia