Harian Metro

Selangor tak naik kadar cukai taksiran

-

Shah Alam: Selangor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) memutuskan tiada kenaikan kadar cukai taksiran di negeri ini memandangk­an rakyat masih berhadapan dengan ketidakten­tuan ekonomi masa ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Kerajaan Tempatan, Ng Sze Han berkata, perkara itu diputuskan melalui MMKN pada 13 Julai lalu.

“Ahli MMKN memandang serius isu kenaikan harga barang dan inflasi makanan yang semakin tinggi.

“Sebagai kerajaan yang prihatin, sebarang keputusan untuk

menguatkua­sakan semakan nilaian baharu cukai taksiran oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mengambil kira keadaan hidup dan kesejahter­aan rakyat negeri Selangor,” katanya semalam.

Justeru itu katanya, kerajaan negeri akan terus memberi fokus untuk menggerakk­an kembali ekonomi Selangor melalui pelbagai program pembanguna­n sumber manusia dan rangsangan menarik masuk pelaburan ke Selangor agar peluang pekerjaan terus meningkat.

“Rancangan Selangor Pertama (RS-1) juga sedang dirangka, dengan fokus untuk memacu pertumbuha­n ekonomi demi merealisas­ikan kehidupan rakyat Selangor yang lebih mampan dan lestari,” katanya.

Di samping itu Sze Han berkata, inisiatif kebajikan negeri seperti Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang diumumkan dalam Belanjawan 2022 juga sedang dilaksanak­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia