Harian Metro

EMPAT REMAJA NAFI TUDUHAN

- Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad am@hmetro.com.my

Empat remaja didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, semalam, atas pertuduhan merogol secara berkumpula­n terhadap pelajar tingkatan 5 pada Ahad lalu.

Tertuduh, Khairul Asnawi Rusri, 19, Muhammad Firdaus Noor Apande, 18, dan dua remaja berusia 17 dan 16 tahun bagaimanap­un mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dan meminta dibicaraka­n pada prosiding di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Berdasarka­n pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama merogol mangsa berusia 17 tahun lima bulan di Lapangan Terbang Sungai

Rambai Aerodrome, Jasin, pada jam 4 pagi, 17 Julai lalu.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Bahiyah Amir Haidi tidak menawarkan jaminan namun peguam Chua Yong Yi merayu semua tertuduh diberi jaminan.

Peguam memohon jaminan rendah atas alasan Khairul Asnawi adalah pelajar kolej vokasional di Segamat, Johor manakala Muhammad Firdaus serta juvana 17 tahun tidak bekerja dan penama 16 tahun adalah pelajar tingkatan 4.

Sementara itu, Khairul Asnawi turut didakwa atas pertuduhan berasingan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama di tempat, masa dan pada tarikh sama.

Mahkamah membenarka­n penama berusia 16 tahun diikat jamin RM5,000, manakala Muhammad Firdaus dan remaja 17 tahun sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin masing-masing.

Khairul Asnawi pula dikenakan ikat jamin RM14,000 bagi dua pertuduhan dan semua tertuduh turut dikenakan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan dalam apa juga cara.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 16 Ogos depan untuk serahan dokumen.

 ?? ?? EMPAT remaja didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh kerana merogol pelajar tingkatan 5.
EMPAT remaja didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh kerana merogol pelajar tingkatan 5.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia