Harian Metro

Harga rumah di Melaka kekal rendah

-

Melaka: Melaka kekal sebagai negeri yang menawarkan harga kediaman terendah di negara ini.

Perkara itu dinyatakan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, yang menyifatka­nnya sebagai ‘nikmat’ kepada penduduk negeri ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri menerusi Lembaga Perumahan Melaka (LPM) menyediaka­n Skim Perumahan Mampu Milik dengan tawaran harga antara RM35,000 sehingga RM250,000 seunit.

Menurutnya, harga itu adalah sangat berpatutan dan membantu golongan pembeli terutama golongan B40.

“Pencapaian itu dipengaruh­i dasar perumahan negeri yang menetapkan setiap pembanguna­n perumahan melebihi 3.2 hektar serta perlu membina sekurang-kurangnya 50 peratus komponen Rumah Mampu Milik (RMM).

“Sehingga 30 Jun lalu, LPM merekodkan pembanguna­n sebanyak 44,912 unit RMM di seluruh negeri bagi tempoh antara 2020 hingga 2025.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 32,844 unit RMM dibangunka­n oleh agensi kerajaan negeri serta swasta, manakala 12,068 unit lagi sedang dibangunka­n oleh agensi kerajaan Persekutua­n seperti Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB), Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) dan Jabatan Perumahan Negara (JPN),” katanya

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, kerajaan negeri meneruskan Program Melaka Rumahku dengan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi membina 60 unit kediaman untuk golongan asnaf dan fakir miskin menjelang akhir tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia