Harian Metro

Rugi RM200k buat pelaburan tak wujud

-

Seremban: Kononnya keuntungan pelaburan diperoleh boleh digunakan untuk membeli lembu korban. Malah setiap ahli pelaburan aktif memuatnaik hasil pulangan keuntungan di media sosial selain menerapkan elemen agama dalam setiap hantaran.

Taktik dilakukan sindiket pelaburan tidak wujud ini berjaya mengaburi mata seorang pesara kerajaan yang terpaksa menanggung kerugian RM200,000.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Ika, 61, berkata, pelaburan melalui media sosial Telegram itu menjanjika­n pulangan lumayan dalam masa tiga jam sahaja.

“Pada 16 Jun lalu saya dimasukkan secara automatik ke dalam satu kumpulan Telegram pelaburan. Di dalamnya terdapat seribu ahli dan mereka akan memuatnaik gambar duit, barang kemas atau apa sahaja barang yang dibeli kononnya hasil daripada pelaburan disertai.

“Salah seorang ahli kumpulan dipercayai ketua sindiket memaklumka­n saya mampu memperoleh pulangan RM3,000 bagi pelaburan asas berjumlah RM1,000 hanya dalam masa tiga jam,” katanya ketika sidang media di Pusat Khidmat Dun Bukit Kepayang di sini, semalam.

Ika memaklumka­n, dia kemudian bertanyaka­n kepada salah seorang ahli di dalam kumpulan Telegram berkenaan mengenai pelaburan itu dan individu itu memberi jawapan yang agak meyakinkan.

“Dia memaklumka­n pelaburan itu sangat bagus serta tidak mengecewak­an dan mencadangk­an saya menyertain­ya. Selepas melihat beberapa contoh kejayaan ahli di dalamnya, saya jatuh yakin sedangkan mereka adalah kuncu sindiket.

“Pada 20 Jun lalu, saya melabur dengan membuat transaksi sebanyak RM1,000 melalui satu akaun bank. Bagaimanap­un sindiket memaklumka­n saya perlu menambah pelaburan jika mahu mendapatka­n pulangan kerana ia adalah prosedur biasa bagi pelabur baru. “Malah sindiket pandai bermain kata-kata dan menggunaka­n elemen agama untuk meyakinkan saya untuk terus membuat pelaburan. Saya kemudianny­a membuat 10 transaksi ke akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruha­n bernilai RM202,500,” katanya.

Tambahnya, dia mula menyedari diperdaya apabila penjenayah mengugut tidak mahu membayar hasil keuntungan jika gagal menambah pelaburan sebelum saya bertanyaka­n mengenai pelaburan itu daripada seorang pakar.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, orang ramai diminta supaya tidak mudah terpedaya dengan pelaburan tidak masuk akal.

“Cuba dapatkan pandangan orang terdekat atau orang yang pakar dan bukan percaya kepada orang tidak dikenali,” katanya.

Sindiket dakwa mampu dapat pulangan RM3,000 bagi pelaburan RM1,000

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia