Harian Metro

SAMPUL PALING BERMAKNA

Kanak-kanak di Niger gembira dapat duit raya ketika sambutan pasca Aidiladha dianjur MCM

- Tuan Asri Tuan Hussein am@hmetro.com.my

MLagos, Ustaz Ibraheem Aminulah dan alhamdulil­lah segalanya dapat disempurna­kan,” katanya. Menurutnya, di Niger pula, pihaknya menyempurn­akan akikah membabitka­n penyembeli­han empat lembu dan 46 kambing, keseluruha­n bernilai RM25,000 yang dagingnya diagih kepada penduduk di kampung di Bassora, Niamey dan Guesse Beri, Dosso.

Mohd Johari berkata, amat menginsafk­an ketika melihat ratusan penduduk kampung di Guesse Beri menunggu dengan sabar giliran masing-masing untuk menerima potongan daging lembu atau kambing disembelih.

“Keadaan mereka daif. Daging dipotong diberi begitu saja kepada penduduk tanpa dimasukkan ke dalam bekas atau beg plastik,” katanya.

Menurutnya, satu lagi pengalaman menarik dilalui pihaknya ialah ketika menghabisk­an masa hampir separuh hari di Turakou (pasar haiwan) Darussalam untuk urusan membeli lembu dan kambing.

“Ada ribuan kambing, lembu dan unta di pasar itu. Menariknya, kawasan pasar luasnya lebih tiga hektar itu seolah-olah menjadi pusat serenti untuk segala aktiviti.

“Malah, di situ pemilik haiwan dan pengunjung makan, tidur, berehat dan menunaikan solat dalam keadaan ala kadar,” kata Mohd Johari sambil mengucapka­n jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana terus menyumbang kepada MCM untuk membolehka­n NGO itu melakukan pelbagai aktiviti kebajikan di dalam dan luar negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia