Harian Metro

I-Biaya beri peluang belia miliki rumah

-

Kuala Lumpur: Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) di bawah Program Pemilikan Kediaman (Hope) memberi peluang kepada golongan belia terutama pekerja ekonomi gig untuk memiliki kediaman.

Timbalan Ketua Setiausaha (Perumahan dan Kesejahter­aan Komuniti) Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Azhar Ahmad berkata, inisiatif itu menawarkan akses pembiayaan menerusi Cagamas Berhad, Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dan skim sewa untuk beli dengan PR1MA.

Katanya, pembiayaan melalui Cagamas Berhad dan SJKP bersifat fleksibel tanpa perlu mengemukak­an penyata gaji yang kebiasaann­ya menjadi syarat utama dalam proses pemilikan kediaman.

“Dalam keadaan sekarang ini, ramai belia terbabit dalam ekonomi gig atau bekerja sendiri iaitu tiada pendapatan tetap, tiada penyata gaji, tidak seperti mereka yang bekerja dengan sektor awam… mereka tidak dapat berikan penyata gaji bulanan seperti apa yang bank minta, jadi untuk tangani isu ini kerajaan lancarkan skim i-Biaya ini.

“Di bawah skim ini, ada Cagamas Berhad dan SJKP yang bersifat fleksibel, kalau tiada penyata gaji boleh dipertimba­ngkan dengan melihat komitmen bulanan seperti bil elektrik, bil telefon atau pembelian secara dalam talian iaitu (jika) rekod pembayaran mereka bagus, ini boleh diambil kira sebagai menyokong kelayakan bahawa dia mampu untuk bayar (rumah),” katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara bertajuk Hope: Ke Arah Merealisas­ikan Aspirasi 1 Keluarga, 1 Rumah Tetamu terbitan Bernama TV, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Azhar berkata, pembiayaan yang ditawarkan adalah 110 peratus meliputi pembiayaan bagi membayar deposit rumah.

“Ini kerana kita tahu golongan muda contohnya kalau nak beli rumah berharga RM250,000, deposit kena sediakan dengan bayaran peguam dan sebagainya lebih kurang RM25,000 boleh dimasukkan dalam pembiayaan perumahan mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia