Harian Metro

Kenaikan kadar faedah jejas permintaan kredit

-

Kuala Lumpur: Kadar inflasi Malaysia dan kadar faedah dijangka naik tahun depan yang akan menjejaska­n permintaan kredit, mendorong beberapa pengguna berpendapa­tan rendah menghadapi kesukaran membayar hutang, kata S&P Global Rating.

Ia juga memberi tekanan kepada perusahaan kecil, sederhana (PKS) yang masih belum pulih sepenuhnya daripada kesan pandemik, bagaimanap­un risiko itu mampu diatasi, katanya dalam Prospek Perbankan Global Pertengaha­n Tahun 2022.

“Kualiti aset bank juga bergantung kepada pekerjaan di negara ini memandangk­an 59 peratus daripada rekod pinjaman bank berkait dengan isi rumah. Kami menjangkak­an kadar penganggur­an bertambah baik pada 2022 tetapi kekal lebih tinggi daripada paras sebelum pandemik.

“Ia berdasarka­n kepada laporan Penilaian Risiko

Negara Industri Perbankan (Bicra),” katanya.

Mengenai pelancaran bank digital baharu, laporan itu berkata, bank tradisiona­l akan mengekalka­n bahagian pasarannya dan ia adalah sesuatu yang menarik untuk melihat bagaimana model perniagaan bank tradisiona­l itu akan berkembang dan bertindak balas kepada persaingan digital.

Awal tahun ini, lima konsortium diberi lesen bank digital oleh Bank Negara Malaysia.

“Pemohon yang berjaya masih perlu membuktika­n kesediaan operasi mereka sebelum mereka boleh memulakan operasi, ia boleh mengambil masa antara 12 hingga 24 bulan,” katanya.

Laporan itu juga berkata pertumbuha­n pinjaman sektor akan pulih semula kepada 6.0 peratus pada 2022 daripada 4.5 peratus pada 2021, disokong oleh keadaan makroekono­mi yang bertambah baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia