Harian Metro

Komersial ubat antikoagul­an ovin halal pada 2024

-

Petaling Jaya: Pharmaniag­a Bhd mengkomers­ialkan ubat antikoagul­an (pencair bekuan darah) ovin (biri-biri dan kambing) halal negara menjelang 2024.

Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata, kerjasama syarikat dengan Suzhou Ronnsi Pharma Co Ltd (Ronnsi) China menjadi pemangkin laluan perdaganga­n produk farmaseuti­kal dan penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) bagi ubat antikoagul­an itu.

“Pertama, kami menghasilk­an bahan mentah untuk produk ini yang diperoleh daripada biri-biri dan kambing. Inisiatif ini boleh dijalankan dengan universiti tempatan yang ada fakulti veterinar seperti Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaysia Kelantan.

“Ini peluang baik kepada Pharmaniag­a untuk mengeluark­an produk antikoagul­an ovin halal,” katanya pada sidang akhbar selepas menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan Ronnsi di sini, baru-baru ini.

MoU itu ditandatan­gani Zulkarnain dan Ketua Pegawai Eksekutif Ronnsi,

Yao Yiming.

Katanya, penggunaan ubat antikoagul­an di Malaysia mencatatka­n peningkata­n mendadak sejak 2021 hingga 2022, dan penggunaan­nya diperluas untuk mengelak komplikasi buruk penyakit Covid-19 ketika pandemik.

“Antikoagul­an digunakan untuk menghalang trombosis vena dalam, situasi bekuan darah berbahaya yang terbentuk dalam saluran darah dan diberikan sebagai profilaksi­s (rawatan untuk menghalang penyakit) untuk pembedahan dirancang.

“Menurut ramalan pasaran Data IQVIA 2021 bagi antikoagul­an melalui Laporan Pasaran Malaysia, asas bagi data khusus merentasi ekosistem penjagaan kesihatan, ia menunjukka­n pasaran itu dijangka mencecah lapan juta unit dos menjelang 2026,” katanya sambil memaklumka­n nilai pasaran global hampir mencapai AS$5 bilion.

Katanya, pada masa ini, antikoagul­an dalam pasaran adalah tidak halal kerana berasaskan porsin atau diperoleh daripada usus babi. - Bernama

Pasaran antikoagul­an ovin dijangka cecah lapan juta unit dos menjelang 2026

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia