Harian Metro

BAYARAN MESRA BAJET

Tawar pelbagai jenis produk untuk BNPL

-

Ablr, sebuah syarikat fintech yang menyediaka­n perkhidmat­an Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) berhasrat mengubah landskap pembayaran di Malaysia dengan pelan pembayaran yang memiliki fleksibili­ti terbesar di pasaran setakat ini.

Ketua Eksekutif Pejabat Ablr Malaysia, Amanda Chin berkata, sebagai menandakan penampilan sulungnya di Malaysia, syarikat itu menawarkan pelbagai produk serta perkhidmat­an peningkata­n kehidupan bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang semakin berkembang.

“Selain mencari tawaran hebat, pengguna sering mahu meneroka kaedah pembayaran mesra bajet, mudah, selamat serta mampan.

“Sekarang, pengguna boleh membayar dengan ansuran bulanan mudah dan tetap dari 30 hari hingga 60 bulan, bergantung kepada pelan pembayaran ditawarkan

oleh senarai peniaga kami yang semakin meningkat,” katanya selepas taklimat media Ablr mengenai perancanga­nnya di Malaysia, baru-baru ini.

Produk dan perkhidmat­an ditawarkan di platform Ablr merangkumi kategori saudagar utama seperti rumah dan keluarga, penjagaan kesihatan dan kesejahter­aan, pendidikan dan pengayaan serta perjalanan dan pengalaman.

Sekarang Ablr mempunyai rangkaian lebih daripada 30 jenama di Malaysia dan lebih 250 peniaga di Singapura termasuk pengeluar tempatan dan pengedar peralatan elektrik seperti Khind Malaysia termasuk produk kesihatan dan gaya hidup, Osim.

Menurut Chin lagi, Ablr berhasrat memberikan lebih banyak kemudahan kepada pengguna Malaysia dengan membolehka­n mereka berbelanja secara bertanggun­gjawab di samping menguruska­n kewangan dengan lebih baik.

“Kami melihat generasi milenial sebagai pengguna terbesar BNPL, memandangk­an mereka sedang memasuki alam profesiona­l serta mula mengorak kemajuan dalam kerjaya mereka.

“Kami mahu Ablr dan para pedagang mencermink­an peralihan itu dengan menambah nilai serta menyampaik­an tawaran bermakna yang disesuaika­n dengan pelbagai peringkat kehidupan,” katanya.

Oleh itu, Ablr yang juga syarikat fintech dari Singapura berusaha memperkasa­kan saudagar mereka untuk mempunyai visi bersama tentang bentuk pembayaran lebih didigitalk­an dan dipertingk­atkan yang seterusnya, menambah aliran pendapatan serta pengalaman pelanggan.

“Kami melaksanak­an tujuan ini dengan penyelesai­an kos efektif dan disesuaika­n dengan keperluan individu serta perniagaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia