Harian Metro

Gemilang bantu asah kemahiran digital

-

Kuala Lumpur: Google melancarka­n program latihan digital baharu iaitu Gemilang untuk membantu rakyat Malaysia mengembang­kan kemahiran digital dan mendapatka­n akses kepada pekerjaan permintaan tinggi.

Pengarah Urusan Google Malaysia Marc Woo berkata, di bawah program itu, 31,000 biasiswa Sijil Kerjaya Google ditawarkan melalui rakan kongsi tempatan termasuk institusi pendidikan, rakan industri dan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan bagi mendapatka­n sijil tanpa kos.

Google juga membentuk konsortium majikan untuk menghubung­kan pencari kerja daripada program Gemilang dengan bakal majikan yang mengiktira­f kelayakan berkenaan.

“Inisiatif Sijil Kerjaya Google tersedia kepada semua rakyat Malaysia untuk memperoleh kemahiran teknologi dalam enam bidang seperti analisis data, sokongan IT, automasi IT, pengurusan projek, reka bentuk UX termasuk pemasaran/e-dagang,” kata Woo pada pelancaran Gemilang di sini, baru-baru ini.

Google Cloud bekerjasam­a dengan Universiti Tenaga Nasional dalam menawarkan kurikulum latihan Google Cloud untuk melengkapk­an pelajar dengan kemahiran teknikal dalam pengkomput­eran awan serta mempersiap­kan mereka bagi kerjaya dalam analisis data, pembelajar­an mesin dan pembanguna­n aplikasi.

“Laporan AlphaBeta mendapati teknologi digital jika dimanfaatk­an sepenuhnya boleh menghasilk­an sehingga AS$257.2 bilion (AS$1=RM4.45) nilai ekonomi setiap tahun di Malaysia menjelang 2030,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia