Harian Metro

Sasar M Series sumbang 70% jualan

-

Kuala Lumpur: Pemaju hartanah Mah Sing Group Bhd menyasarka­n segmen kediaman M Series miliknya menyumbang lebih 70 peratus kepada sasaran jualan bernilai RM2 bilion bagi tahun ini.

Bercakap pada majlis perasmian galeri jualan segmen M Nova di Kepong baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Datuk Ho Hon Sang berkata, pihaknya juga terus menawarkan produk yang menumpukan aspek mampu milik, kemampanan serta kualiti.

“Kami menyaksika­n permintaan besar bagi hartanah dengan harga berpatutan di Lembah Klang berdasarka­n peningkata­n pertanyaan serta (kadar) penghunian yang projek kami.

“Pembanguna­n kediaman mampu milik M Series yang merangkumi kediaman bertanah dan bertingkat, mencatat kadar penghunian yang baik. Kami yakin ini segmen yang menjadi pilihan pasaran dan sebagai pemaju yang berorienta­sikan rakyat, kami terus menawarkan kediaman sedemikian,” katanya.

Selain itu, Ho berkata, M Nova adalah projek ketiga Mah Sing di Kepong selepas Lakeville Residence dan M Luna.

Lakeville dilancarka­n beberapa tahun lalu manakala M Luna diperkenal­kan ketika pandemik pada 2020 dan setakat ini, kadar penghunian M Luna mencecah baik bagi 95 peratus.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Subsidiari Hartanah Mah Sing Yeoh Chee Beng mengakui terdapat permintaan di Kepong iaitu lokasi M Nova yang bersempada­n Selayang.

Beliau menjangkak­an pembanguna­n bercampur-campur M Nova itu turut mencatat kejayaan seperti Lakeville dan M Luna berikutan lokasinya.

M Nova yang terletak di kawasan seluas 3.27 hektar dengan nilai pembanguna­n kasar RM790 juta, merangkumi tiga blok kediaman servis dan dilancarka­n secara rasmi pada suku akhir 2022.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan

Mah Sing Tan Sri Leong Hoy Kum berkata, kumpulan itu berhasrat menyerahka­n pemilikan lebih 4,000 unit tahun ini yang menyumbang dari segi penampan tunai kukuh bagi aktiviti tanah simpanan kumpulan.

Mah Sing mempunyai baki tunai dan bank selain pelaburan dana jangka pendek yang bernilai RM1.01 bilion setakat 31 Mac, 2022.

Menurutnya, kumpulan itu juga bersedia membeli lebih banyak tanah bagi mengulangi kejayaan perumahan M Series.

Selain Lembah Klang, Mah Sing juga menyasarka­n untuk menjalanka­n projek di Pulau Pinang, Johor, Seremban, Melaka dan Perak. - Bernama

 ?? ?? M Nova adalah projek ketiga Mah Sing di Kepong.
M Nova adalah projek ketiga Mah Sing di Kepong.
 ?? ?? M Luna diperkenal­kan ketika pandemik pada 2020.
M Luna diperkenal­kan ketika pandemik pada 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia