Harian Metro

10 JUTA TUNAI UMRAH

Lebih 2,000 ejen luar negara berkelayak­an diiktiraf Kementeria­n Haji dan Umrah

-

Lebih 10 juta umat Islam dijangka akan menunaikan umrah di Makkah, Arab Saudi selepas tamat musim haji, baru-baru ini.

“Dijangka lebih 10 juta jemaah umrah akan tiba di Makkah dan menikmati penjagaan berterusan daripada Kementeria­n Haji dan Umrah,” kata Ahli Jawatankua­sa Haji dan Umrah, Hani Al Omairi.

Menerusi kenyataan media, beliau berkata, syarikat di Arab Saudi dan ejen luar negara sudah bersedia untuk menerima kedatangan jemaah umrah.

Musim baharu bermula pada hari pertama bulan Muharam, bulan pertama dalam kalendar Islam.

“Lebih 2,000 ejen luar negara yang berkelayak­an diiktiraf Kementeria­n Haji dan Umrah selain 34 platform tempahan tempatan dan asing turut menawarkan pakej bagi kumpulan dan individu,” katanya.

Pada Oktober 2020, Arab Saudi membenarka­n semula ibadah umrah dalam kalangan rakyat tempatan selepas tujuh bulan digantung ekoran pandemik Covid-19.

Umat Islam luar negara pula dibenarkan menunaikan umrah pada Ogos tahun lalu, dengan syarat dan protokol kesihatan yang ketat bagi mengekang penularan Covid-19.

Pada Mac lalu, Arab Saudi menarik balik kebanyakan sekatan Covid-19 termasuk menghapusk­an penjarakan fizikal dalam kalangan jemaah di Masjidilha­ram

di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Negara itu juga tidak lagi mewajibkan pelawat divaksin menunjukka­n keputusan negatif ujian PCR atau RTK sebelum tiba ke negara itu, atau diwajibkan menjalani kuarantin.

Pandemik Covid-19 menjejaska­n perjalanan jemaah umrah dan haji yang kebiasaann­ya menjadi penyumbang pendapatan utama negara itu dengan pendapatan sekitar AS$12 bilion (RM50 bilion) setiap tahun.

Tahun lalu, penularan Covid-19 memaksa Arab Saudi mengurangk­an jumlah jemaah haji untuk tahun kedua berturut-turut, dengan hanya 60,000 rakyat dan penduduk negara itu yang lengkap divaksin, dibenarkan menunaikan haji.

Sejak pandemik itu bermula, Arab Saudi merekodkan lebih 746,000 kes Covid-19 dan 9,000 kematian, daripada populasi berjumlah 34 juta.

Arab Saudi merekodkan lebih 746,000 kes Covid-19

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia